Isnin, 29 Oktober 2012

GO TO SCHOOL!!


"Ibu, Qaireen nak go to school!"

"Ibu, Qaireen nak beg school!"

"Ibu, besok Qaireen nak go to school eh!"





Setiap kali lalu di hadapan sekolah mana-mana dalam perjalanan pergi kerja atau balik ayat ini mesti keluar dari mulut anak sulung ku...

Huhuhu tak tahu nak jawab macamana..


"Hm tunggulah Qaireen dah betul-betul ok. Baru boleh pergi school..."



Hari raya yang lalu, kawan daripada Kuching telah datang beraya di rumah kami. Husband bertanyakan perihal taska dan tadika anak-anak kawan. Anak yang sulung berusia 4 tahun nak menginjak ke lima tahun dimasukkan ke tadika PASTI dan yang kedua sebaya dengan Qaireen iaitu 3 tahun lebih ke tadika PERMATA.

"macamana sekolah anak-anak ko pok?"

"oklah, kalau yang anak sulung aku hantar belajar kat PASTI. Ada belajar baca doa, mengaji , tulis. Situ ada unsur-unsur islamik sikitlah"...




"yang anak no dua pok? Ok ke? ko hantar anak ko kat PERMATA kat politeknik kan?"


"Kat poli, senang dekat jek, wife aku boleh ambil antar"


"kat PERMATA diorang ajar apa pok?"


"Ntah bila aku tanya buat apa? dia kata main, makan. tapi ada jugak belajar membaca, ada belajar berdoa. Tapi kalau kakak dia baca doa betul-betul. Yang anak aku kat PERMATA belajar doa menyanyi-nyanyi hahaha!"


"Oooo berlagu-lagu hahaha"..


"Aaah!"...


"mesti bergoyang-goyang kepala dan badan bila baca doa hahaha" husband gelak dan gelak.....


Hmmm dalam hati saya terdetik... Tgk ler sapa pengasas PERMATA tu.........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...