Khamis, 11 Oktober 2012

Tauke Kedai Photostat di Pt Raja

Saya pernah berbual dgn tauke kedai photostat kat Pt Raja...Kebetulan masa tu dah tamat belajar saya nak jilid tesis saya. Petang tu dia pulak tetiba sahaja ramah berbual dgn saya...

Saya fikir dia mesti untung banyak sebab semua student dan lecturer UTHM tala photostat, jilid buku je kat kedai dia..

Dia ckp 
"mana ada untung maa..saya rugi adalah, kalu mesin rosak lagi kacau, mahal bayar servis. Saya sendiri belajar betulkan! Pening kepala"

"ada pekerja pun tak betul! kasi rosak saya punya mesin!"

Memang pekerja dia sentiasa bertukar, sebab semua berhenti tak tahan kena maki dgn uncle ni. dia ni baran juga orgnya.

dan saya tanya balik 

" abis kalu rugi why you still buat bisnes ni?"


Dia jawab
"aiya! bini saya bosan duduk rumah tak tau buat apa, tu pasal saya bagi modal buat bisnes ini.."


Hohoho tak sangka uncle cina ni buat bisnes nak isi masa lapang wife dia...


dan anda pula? Jika nak berniaga apa sebabnya?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...