Rabu, 5 Disember 2012

CUTI DI PERAK

Habis je Final Exam Di politeknik, siap menanda dan key in markay yeayy!! kitorang pun ambil cuti balik kampung di Changkat Jering, Taiping. Balik je kampung, King of Fruit menanti!! Yes durian!! bersepah di mana-mana. Sepanjang jalan ke Changkat Ibol gerai durian merata-rata.

Mak bagitau durian jatuh harga 30 sen sekilo!!  mak aiii murah giler. Coz tahun ni suma durian menjadi. Abang2 Mr Hamdan pon malas nak jual!! Huh watpe nak jual, mcm bagi saja jer.. baik bagi sedara makan hehehe!!! Dia kata mcm tu.. Dan tempoyak masyaAllah berbalang2.


So ari first day kami ke kebun durian milik ayah Mr Hamdan, saja nak tgk durian gugur kot2 ada ker. Bawa umur sekali, Qaireen masih tidur pagi tu. Tapi abang dia dah datang awal2 lagi kutip. So takde banyak pon, Mr Hamdan kata saja nak bagi nyamuk dan pacat hisap darah umar hehehe!!




Empat hari di kampung kami banyak berjalan-jalan di sekitar Changkat Ibol dan Taiping.

Hari kedua tu lepas zuhur bawalah anak-anak ke Zoo Taiping. Tengok harimau dan singa pencen hehehe. Tapi banyak2 zoo saya rasa zoo ni lah paling ok jika nak banding kat Melaka hehehe. Kitorang naik train dulu masa masuk, pusing2 keliling. Malas nak jalan. Lepas tu barulah berjalan tengok haiwan yang paling besar dan senang nak tgk. Contohnya GAJAH. Kalau kancil tu terpaksa bulatkan mata besar2 cari manaler dia sembunyi. Budak2 pun malas nak tengok.

Gajah kat depan tapi diorang mendongak? tengok apa eh??

Hai memerang...

Ramai anak2 kecik dalam zoo ni. 

Yang ni bapak budak orang utan punyer. Jantan memang badan saiz besar dan berbulu lebat.

Memang anak Sarawak betul, banyak-banyak replika haiwan, binatang ni yang Qaireen paling suka...



Tapi paling kelakar sebab kandang harimau sebelah dengan kandang singa. Boleh pulak dua2 puak binatang ni mengaum2 dan bersahut-sahutan mcm nak gaduh. Lawan suara! Kuat bunyi pulak tu satu zoo bole dengar. Mr Hamdan kata Harimau Malaya bergaduh dengan SINGApura hehehe.





Sempat melawat tempat bersejarah Datuk Ngah Ibrahim, anak kepada Long Che Jafaar-Founder bijih timah di Larut, Perak ni. Siapa kata orang melayu tak kaya dulu!!

Dialah orang paling kaya di dalam Perak hingga dapat mengalahkan kekayaan Sultan Perak. Tengok rumah beliau dah tau, tersergam indah. Dan saya baru tahu Larut asal nama daripada gajah Long Jaafar, Si Larut. Badan gajah ni diorang jumpa melekat lumpur bersalut timah yang akhirnya mengubah nasib orang melayu ketika itu.



Tapi Mr Hamdan kata dulu masa dia sekolah bila lalu di sini tak delah cantik camni. Buruk tak terjaga!! sampai dia fikir sayangnya tempat sejarah terbiar camni.

Tapi sekarang dah oklah. Dah dijaga sebab warisan sejarah. Ngah Ibrahim dibawa British (perasit) ke Singapura sebagai hukuman dan beliau mati di sana. Atas usaha keturunan beliau dan orang tempatan, mereka membawa semula jenazah beliau setelah bertahun2 berkubur di sana dan dikebumikan semula di kawasan rumah beliau sendiri lewat 2008. 

Makam Ngah Ibrahim setelah bertahun-tahun bersemadi di Singapura akhirnya dihantar pulang bersemadi di halaman rumah beliau


Memang besar gila rumah beliau dan di sini dijadikan markas Bristish parasit dan court pembicaraan kes pembunuhan JWW Bitch opss sorry silap- Birch

Permandangan di belakang rumah

Pandangan rumah Ngah Ibrahim dari tempat pengawal di sayap kiri. Belakang rumah ada sungai tempat laluan orang ramai ketika itu.

Perigi tempat mandi Ngah Ibrahim terletak dibelakang belah kiri rumah beliau.

Jom kita ke Kuala Sepetang plak!! Lapar nak makan mee udang huhuhu

After that jalan pi tgk hutan paya bakau kat Kuala Sepetang, Umar dan Qaireen yang seronok. Lari sana sini.

Ku lihat HIJAOOO keh keh

Tenang.....


Hutan bakau yang sangat besar dan luas. Ada chalet untuk mereka yang nak menginap di sini.

macam-macam benda boleh tengok di sini. Ada ketam, belangkas, ikan tembakul dan ular pun ada..eiiiiiii. Tapi jenuh nak menapak jejalan dalam ni.

Kan dah kata. Qaireen dah penat berjalan terpaksa didukug. Umar tetap steady hehehe lari sana sini.


Depan je taman paya bakau ada restoran me udang!! Sebenarnya sepanjang jalan ke hutan bakau memang berderet kedai me udang, terpulang ler anda nak rasa yang mana satu.

kami pilih MAK JAH ME Udang Kuala Sepetang!! Udang banjir hehe, kalu biasa harga RM7 kalau special RM11. tapi makan biasa dah cukup best sebab udang fresh dan banyak plak tu. Special - udang dia besar2. Tambah dengan cucur udang dan ABC fuhh SYOIKKKK!!!

Yummy....!!! Udang manis sebab baru dan baik punya!!

Jemput makan yek!

Besok pergi rumah Abang long Mr Hamdan coz anak dia baru lepas berkhatan. Lepas tu terus gi bawa Umar dan Qaireen mandi sungai kat Terung (area2 situ jugak). Mandi tak lama sebab air sejuuuuk dan budak2 mengigil2 ditambahakan dengan cuaca yang gloomy nak hujan.
SejuuuuKKkk!!

Umar takut sungguh, peluk je ayah dia. Dah nak balik baru nak main air sebab dah mula rasa seronok.

Memang seronok sekali sekala balik kampung sebab masa ni ler nak bersama-sama keluarga. Tak adalah nak hadap kerja yang bertimbun2 keh keh keh. Rasa seronok bila anak-anak seronok dan jumpa dan belajar perkara baru dalam hidup diorang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...