Rabu, 30 Januari 2013

PERHIMPUNAN OH PERHIMPUNAN!!

Tengah-tengah sibuk buat kerja berlambak-lambak kat meja, tetiba KJ call handphone.

Saya tarik nafas dalam-dalam dan terus jawab.

"Hasny, awak tak pergi perhimpunan bulanan yang lepas yek?"

"Tak, saya uruskan P&P, bulan ni banyak sgt cuti umum, kelas dah tertinggal banyak. Nanti nak buat test serentak saya tak habis cover silibus nanti".

"Tapi awak kena pergi juga, nanti amanat pengarah tak sampai kat awak. Saya yang kena nanti", hm kesian boss.

"Ok, kalu perhimpunan ada, saya batalkan kelas. Faham yelah masalah puan juga yang kena nanti", saya jawab. Tapi dalam hati - Ya Allah malasnya aku nak buang masa nak dengar Pengarah membebal. Buang masa aku aje huh!!

Hahaha saya memang dari dulu tak minat pun nak pergi mana-mana perhimpunan, tak nak buang masa dengar dan tonton video, baca ikrar, nyanyi lagu dan lepas tu tengok video balik tak pun slaid ntah hapa-hapa ntah dari jabatan2 yang anjurkan - (mcm masuk bakul angkat sendiri ler). Ini semua poyo hahaha. Lebih baik buat tindakan daripada dok dengar dan tengok jek tapi sebenarnya nothing. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Yang teruknya pensyarah jugak nak cari masa lain nak ganti kelas-kelas ni,
Hm layan jer ler. Kerja dgn orang dan sistem - semuanya fikir diorang jelah yang betul .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...