Selasa, 26 Mac 2013

Funny but it's true!


Inilah yang saya lalui ketika saya berkursus di Bagan Sepang anjuran KPT pada bulan Februari 2013 lepas. Kursus Self Development and Effectiveness...


Pada hari ketiga, coach yang bagi speak- Pn Hajar bertanyakan semua peserta kursus..

"why do you come to work? Apa matlamat anda untuk bekerja?"

and antara semua peserta menjawab
"tanggungjawab!"
"komitment"
"ibadah"
"untuk membangunkan negara"
"passion"
"saya suka kerja"

Coach Hajar kata" jadi awak dah tau matlamat awak, passion awak. Kenalah kerja betul2.
Ketika itu saya duduk berdiam diri (memang sikap saya pendiam) memerhatikan semua peserta yang menjawab di hadapan saya. Tiada jawapan yg saya harapkan.

Bagi saya, kita kerja sebab kita TAKUT. Takut tak dapat duit... tak kisah dari orang bujang, kalau mereka yang dah berkeluarga, lagilah.


Kita selalu dengar dan baca....

"buat apa duit byk2, nanti lupa diri, takbur!"

"oo cukuplah rezeki ni untuk saya"

"sorry, saya bukan mata duitan"

"saya tak gilakan wang dan kekayaan!"

Tapi adakah kita sedar....?

Kenapa kita bekerja 8 jam sehari? kadang2 terlebih, kadang2 rajin buat OT? 

Kenapa sanggup keluar kerja pagi2 matahari tak terbit lagi dan balik ke rumah bila matahari dah terbenam,

Kenapa sanggup meredah kesesakan jalan raya, berembat laju pagi2 di jalan raya untuk ke tempat kerja,

Kenapa ada yang stress, tak suka pada bos dan marah dengan jabatan, pada sistem perkhidmatan, pada kementerian, pada pelanggan, pada keadaan tempat kerja, stress dan bengang giler macamana pun TAPI besok pagi masih juga terus datang kerja dan berhadapan benda2 tu lagi?

Kenapa semua sentiasa sibuk mengira skim kenaikan gaji, kenaikan pangkat, habuan bonus, sambung belajar?

Sebabnya D.U.I.T..
kita kerja sebab kita mostly nak dapat duit.

That why we find, got a job.
BUT YOU ONLY GOT A J.O.B
-JUST OVER BROKE-



Tak semestinya makan gaji sahaja punca rezeki, rezeki juga dtg bila kita berniaga. Tapi bukan mudah nak ajak orang berniaga. Semua orang terutama rakyat Malaysia prefer play safe, sebab tak nak rugi. Senang kata baik hidup pergi kerja balik kerja, hujung bulan dpt gaji.

Kalau diminta rakyat Malaysia pilih - sambung belajar atau buat perniagaan, rata2 akan pilih sambung belajar. Sebab nanti adanya kelulusan pasti boleh naikkan gaji bulanan, pangkat mereka.

Tapi kebenaran bila makan gaji, kita tengok gambar kat bawah ni. 


Kes saya - perlantikan jawatan  tak selesai lagi (tamat cuti belajar 2008, dan sekarang 2013- tiada lagi khabar surat lantikan. Memang terlalu perlahan, tapi itulah sistem kita, makan gaji. Semua bergantung dengan pengurusan sistem cekap atau tidak.

Saya berkongsi di sini kerana itulah yang saya lalui. Pengalaman saya.  Sudah berkhidmat dah lebih 10 tahun, sambung belajar, naik pangkat.  Berbelanja dan simpan di ASB, insurans, tabung haji- diri, tabung anak2, duit org tua semua bergantung 100% dari gaji sahaja. Hinggalah satu hari bila saya beli dan baca buku ini dan saya sedar betapa naifnya pemikiran saya T_T

This book is great!!


Tapi membaca dan bersetuju tapi tiada praktik tak nampak impak dan kesannya. Setelah itu saya mengalami brain wash...T_T Kebingungan, rasa naif sesangat setelah 30 tahun lebih hidup di bumi Allah baru saya jelas dan faham. Tiada lagi istilah mengejar kenaikan pangkat atau mengejar master atau PhD atau gelaran2 tertentu. Saya mula sedar, saya sudah tak mahu nasib dan kemajuan hidup saya ditentukan dan ditetapkan oleh orang2 tertentu. 

Lantas saya keluar dari kefahaman rutin yang biasa kita diterapkan ketika kecil (belajar rajin2 dan cari kerja dan pangkat yang tinggi...)

Bermulalah perjalanan saya ke sana sini cari ilmu, ilmu yang tidak diajar di sekolah, Universiti atau mana2 IPT... Alhamdulilah saya nampak dan belajar apa yang saya tidak jelas dalam perkara ini. Pelajaran yang kat universiti dan sekolah memang tak ada. Self development... 

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka. 


Jika anda tidak setuju yang kita bekerja ini disebabkan perasaan takut tak dapat duit, cuba anda berhenti kerja serta-merta. Mampukah anda?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...