Rabu, 8 Mei 2013

Keep moving on!

 

 
Hari ini dah masuk ke empat selepas keputusan PRU13 diumumkan. Jadi dah tau lah barisan kepimpinan negara. Keputusan yang membuat perasaan orang bercampur baur. Kalau di tempat saya, Batu Pahat, wakil Parlimen Barisan Nasional Dato' Puad Zarkashi beberapa penggal telah tewas pada Keadilan. Mantan Menteri Besar Johor Bahru, Abd Ghani Othman pun tewas pada DAP.
 
Kenapa kalah, tentu ada sebabnya. Mereka yang tinggal di kawasan bandar atau berasal di situ dah tentu tahu siapa yang layak untuk dipilih. Saya sendiri pun tak terkejut dengan keputusan tersebut tetapi mengakui apa yang berlaku seperti satu 'miracle'! Johor mempunyai talian sentimental dengan kepimpinan BN atau lebih kepada UMNO. Sebab ayah saya kata kebanyakkan orang Johor kalau direndam dalam kolam, air kolam pun boleh tukar warna biru.
 
Jadi rakyat dah memilih, oleh itu yang menang jangan riak dan kalah jangan sedih. Jalankan amanah sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat. Malaysia peace!
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...