Jumaat, 3 Mei 2013

Perkara yang buat SAYA NAK BERNIAGA....

Saya banyak menerima mesej daripada kawan2 dan rakan2 saya. Kebanyakkan mereka mengajak saya membuka satu perniagaan sekian-sekian, produk jenama sekian-sekian dengan bermodalkan duit. Atau mengajak rakan-rakan yang berminat untuk menyertai perniagaan ni dan saya dan dia bertindak sebagai upline. Dan terus terang saya bukan penguna produk tersebut, tetapi mungkin keuntungan yang banyak menjadi matlamat utama. 


Tujuan mereka mengajak saya sebab mereka kata saya rajin berbisnes. 


Masalahnya saya bagitau mereka, saya bukanlah penguna produk tersebut. Masuk kedai pun tak pernah... guna produk pun tak pernah. Kalau makan2 pun saya tak pernah (saya cerewet sedikit sebab dari ingrediants, kesihatan dan status  Halal. Bukan apa, nak menjual sesuatu produk, kita mesti menjadi penguna tegar. Daripada seorang penguna saya boleh tahu kelebihan sesuatu jenama, kualiti dan nilai produk tersebut..

Keduanya saya ni tak beberapa faham  dengan plan marketing sesetengah2 perniagaan (sebab mungkin saya bukan ahli). Memanglah ada ramai staf yang jadi ahli tapi diorang tak jelas bagaimana strategi atau plan marketing dia. Sebab kebanyakkan mereka jadi untuk beli kegunaan sendiri, bukan berniaga. 

Sebab apa saya berniaga? Pertama: saya mahu jana pendapatan side income disamping makan gaji untuk membantu kewangan saya dalam pelaburan. Kedua: sebab saya penguna tegar produk tersebut. Saya faham pengunaan produk tersebut. Ketiga: saya jelas dan faham strategi pemasaran dan komisyen jualan.

Jadi perniagaan saya lebih fokus dalam Tupperware dan Hai O oleh sebab-sebab di atas.Saya akan share kebaikan produk ini kepada orang lain.

TUPPERWARE. 

Saya dah lama berhajat nak jadi ahli tupperware sebab rasa nak beli macam2 produk tupperware Kebetulan di Aeon Bukit Tinggi, Tupperware buat road show saya terus register jadi ahli. Bayar RM60.00 ( 2011) dan di situ saya berkenalan dengan Pn Kasmah. Dia sedikit sebanyak membimbing saya tentang plan marketing..

 
Kronologi penglibatan saya dari ahli biasa tetiba mencebur diri terus buat business part time. 

Daripada saya daftar ahli jadi distributer biasa perlahan-lahan sampailah naik pangkat sikit-sikit. Macamana? Saya cuma rujuk manual, belajar dari buku panduan dalam beg kit tu. Baca dan baca, memang menelaah sampai tengah malam (sungguh). Dari situ saya baru tau yang Tupperware ini guna pakai sistem MLM (multi level marketing). Macamana kira komisyen, untung runcit dan rekruit pasukan.

Memang macam mimpi, register Tupperware sekadar jadi ahli sebab nak beli bekas air je pon. Akhirnya ianya menjana pendapatan side income saya.

Ini ler barang pertama Tupperware yg pertama saya beli bila dah jadi ahli tahun 2011. Senang nak bawa air gi opis. Sampai sekarang saya bawa ke mana-mana.

 Komisyen memang tak banyak mana tetapi asalkan ia halal dan dari usaha jualan kita sendiri.


Inilah business yang membantu saya menjanakan pendapatan sampingan.


HAI-O Marketing


Penyata pendapatan menjadi distributer dan senior manager Hai O selama 5 bulan. Digunakan untuk kita bayar cukai dan laksanakan zakat.

Perniagaan Hai O saya bermula selepas saya register bayar RM50 untuk jadi ahli sebab beli korset Premium Beautiful. Akhirnya Hai -O jadi pilihan kedua saya buat side income. Mula-mula saya beli pakai sendiri. Bila produk bagus dan terbaik dua bulan lepas tu saya ambil 9 set sekaligus! Ketika ini saya sudah yakin dan berani sedikit. Empat bulan Alhamdulilah semua set abis. Saya cari rakan kongsi untuk penuhi permintaan pelanggan ketika stok sendiri sudah habis di tangan.

 


Dan setakat ni saya jual hampir 30 set, berkotak2 kolagen BB PLUS, kopi mineral, sabun dan garam buluh secara online. Produk kesihatan. dan memang semua produk itu saya gunakan seharian kecuali kolagen BB PLUS. 

 
Kenangan mengadakan road show di Borneo.

 
Business partner saya Cikgu Laila :)
Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain

 JAdi bila berniaga sebenarnya saya belajar tentang peningkatan kendiri, membina personaliti dan keyakinan diri. Kita perlu tahu macamana nak jual produk, nak yakinkan pelanggan bahawa produk kita memang bagus sehingga pelanggan boleh terima dan keluarkan wang untuk miliki  produk tersebut. Dan itulah pengalaman berharga saya sangat2 hargai. Berniagalah untuk tujuan utama membantu orang ramai.

 Prinsip saya ketika berniaga,

1) kita perlu layan pelanggan umpama permaisuri atau raja. Sebab saya mahu pelanggan mesti gembira dan puas hati apabila membeli dengan saya, tak serik.



2) MLM bukan untuk menjana kekayaan dan kemewahan. Tetapi ianya boleh menjana pendapatan sampingan kita. Lepas tu gunalah pendapatan itu untuk buat perlaburan ASET! bukan liabiliti. Jadi bila tengok orang MLM tayang kereta baru dan hebat, berhati-hati. Kadangkala golongan ini kereta mewah tapi tayar 'botak'. Berhati-hati memilih kumpulan dan pemimpin anda. Terpulanglah masing2 punya selera.

3) Dan paling utama memang kena belajar dan belajar tentang perniagaan, sebab saya memang nothing, zero pasal perniagaan. Saya belajar buat blog, online marketing, macamana nak buat party tupperware, kelas pengenalan dan pembelajaran produk2 baru dan macam2 lagi.


Saya bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, rehat makan sembahyang, tapi business saya berjalan secara online.Jadi tak sukar sebab tak perlu nak bukak kedai. Kalau  yang suri rumah jika berniaga memang boleh sebenarnya .Jadi memang benarlah cerita DVD tu -  suri rumah boleh jadi usahawan berjaya. Tiada mustahil.

Hehe sila buat kerja macam biasa kat opis dan kelas. Amanah tu..

Saya kerap pergi seminar2, banyak membaca dan bertanya macam2 perkara. Kena ada perasaan nak belajar, banyak bertanya jadi senang pemimpin atau leader nak bimbing dan pandu kita. Dan kita perlu berdikari, nak usaha sendiri tidak mahu bergantung  pada orang lain. Dan Alhamdulilah jika ada rezeki adalah rezeki, seperti saya pernah share dahulu kat sini.


Saya buat perniagaan adalah untuk jana side income di samping berpegang teguh pada aggressive income saya (makan gaji). Bukan untuk mengejar kekayaan, tapi perlahan2 membina kekayaan dan kejayaan. Fahamilah. Semuanya perlu bermatlamat. KIta tiada kelulusan dalam perniagaan. Tiada diploma atau degree dalam perniagaan atau marketing tapi saya bersyukur.  Hidup di bawah rezeki yang diberikan Allah SWT.



Ingin tahu bagaiman untuk memulakan perniagaan sambilan??
Contact saya 

HASNY
012 7597929
013 6036630







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...