Rabu, 5 Jun 2013

HO CHI MINH (SAIGON) TRIP - PART 1

29 Mei hingga 1 Jun 2013, saya bersama husband dan bang, adik serta kakak ipar (trip adik beradik hehe) terbang ke bandar Saigon atau dikenali sekarang HO CHI MINH, Vietnam.

Ho Chi Minh diambil sempena daripada nama pemerintah Vietnam yang tersohor yang memerintah ketika perang Vietnam (1955-1975). Pemimpin ini menjadi pujaan penduduk Vietnam, jadi gambar beliau ada je di mana-mana kat bandar Saigon ni.

Ho Chi Minh


Kami bertolak dari KLIA dari LCCT pada 7.00 pagi dan mendarat di bandar Saigon pada 9.00 pagi waktu Malaysia. Waktu di Vietnam 1 jam lewat dari waktu Malaysia. Jadi di Vietnam jam bertukar kepada 8.00 pagi.

With my husband :)

Saya bersama adik, Helmy dan abang, Hardy.

Sampai sahaja kami dijemput oleh Hanafi, our travel guide- rakyat Vietnam yang fasih berbahasa melayu. Dulu dia pernah dihantar bersekolah di Sekolah Maahad Gua Semanggol, Perak.

Dalam bas kami dinerikan penerangan
1. Berjalan dalam berkumpulan.
2. Jangan sekali-kali benarkan orang mengosok kasut anda, nanti anda kena 'pau' gila2- sekali gosok mintak 100,000 dong=RM15!!
3. Jaga barang terutama beg, handphone dan barangan berharga. Barangan kemas baik anda tak payah pakai sebelum ke Saigon.
4. Jangan leka (hehe sebab kelekaan ini adik saya kena ragut huhuu)


Penduduk Vietnam dianggarkan 18 juta dan motosikal adalah pengangkutan utama di negara tersebut. Jumlah motorsikal ialah 20 juta, lebih banyak dari bilangan penduduk. So memang sesak jalanraya dengan motorsikal. Tak berhenti-henti. Kenderaan lain seperti kereta lebih kepada teksi dan pengangkutan awam.


Memang pening kepala tengok deretan motorsikal tak berhenti-henti. Kalau KL sesak dengan kereta, sini sesak dengan motor saja.


Kami menginap di Hotel Saigon Pink 2 terletak di Ben Thanh Market.  Jadi memang strategik tempat ni untuk orang yang giler shopping!!




Ben Thanh Market ada macam-macam barang dijual terutama beg, baju, makanan ringan seperti biji teratai goreng, biji gajus dan kain fabrik. Dibuka pada waktu siang sahaja. Malam ditutup kerana ada pasar malam di sepanjang jalan Ben Thanh tersebut dari pukul 6.00petang hingga 11 malam.
SHOPPING LER KORANG PUAS2!!

Saigon Pink Hotel tempat penginapan group kami.
 Helmy siap possing depan hotel .

Disebabkan kami datang awal, jadi tak boleh check in hotel sebab penginap yang awal belum check out lagi. So kami ambil peluang merayau dulu dalam Ben Thanh Market sampai kelaparan.
Kat sini tak perlu risau sebab banyak restorant halal. Kami singgah di Restorant Haji Halim. Kak Lela dah ke sini untuk kali ke dua, jadi dia jadi our tour guide juga hehehe.
Makan alas perut di Restorant Haji Halim

Barang murah tapi makanan memang mahal. Tiada gambar sebab masa ini bateri kmaera dan HP saya habis. Sorry!!

Pukul 12 tengahari dah check in hotel dan kemas barang, kami dibawa makan tengah hari oleh Hanafi. Rombongan kami seramai 15 orang dan banyak terdiri dari staf UM (sebab Kak Lela staf UM).
Masjid di hadapan, belakang lorong masjid tu ada satu restorant halal Amin.



So apalagi makan dan makan. Masakan orang vietnam masin sedikit, agaknya diorang kuat makan masin.



Di sepanjang lorong  restorant ini terdapat kedai-kedai/kilang yang menjual baju kain terutama cotton yang bersulam manik. Berguni-guni, boleh beli borong.





Lepas makan, rombongan kami di bawa ke kilang BASIROH, memang populor sebab kain telekung jenama Basiroh yang selalu peniaga Malaysia borong di sini.
Depan kedai Basiroh.

 Luar kedai Basiroh.
Tudung chiffon layer berlambak di sini, memang berkualiti terbaik dari segi fabrik dan jahitan. Kat sini pekerja fasih cakap Melayu. Duit Malaysia pun diterima untuk urusan pembelian.

Longgokan kain, jubah dan telekung. Syurga untuk peniaga fabrik beb!!

Sekejap saja duduk dilam 10 minit, bila keluar saya diberitahu Helmy baru saja diragut di hadapat kedai oleh seorang penunggang motorsikal. Wah, terkejut beb!! Kena ragut depan husband dan abang sendiri, masing-masing tergaman. Hardy, my brother sempat paut penragut tu tapi terlepas!
Moralnya jangan leka... mujur yang diragut sekadar handphone Samsung secondhand.
Kesian Helmy, terus hilang mood dia sekejap.


Selepas itu kami dihantar pulang ke hotel untuk berehat, malam nanti pukul 7 mlm kena turun berkumpul untuk makan malam.

Sementara menunggu waktu tersebut apalagi merayap ke sana sini tengok barang hehe

Beg antara barang kegilaan abang saya hehehe. Banyak betul borong beg.

Ada Menara Rebung kat sini, ingat Menara TM pulak sekali pandang.

Malam kami makan di Restorang Haji Salim, tempat sama yang kami makan sebelum check in hotel. Jadi kami berjalan kaki saja dari hotel ke restorant sebab dekat giler.
Restorant Haji Halim di tingkat atas.
Tingkat bawah ialah kedai beliau menjual fabrik, telekung dan blous.


Lepas makan aktiviti malam ialah merayap di Pasar Malam sepanjang jalan Ben Thanh.

Sibuk betul Ben Thah waktu malam. Memang betul-betul 'hapenning'!

Besok sambung pulak, perjalanan panjang ke Chu Chi Tunnel. Saya sambung lagi selepas ini. Stay tunned yek!!


5 ulasan:

  1. Salam, boleh tak saya dapatkan ctc number en.hanafi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, maaf saya pun tak tahu. Sbb sy bukan penganjur trip ini. Just follow jer rombongan tu :)

      Padam
    2. cik pegi ikut tour guide tu dipilih di malaysia atau sana...

      Padam
  2. Salam..
    Good info^^
    Just nak share..Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Blog: lohabdolloh.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam...boleh says tahu nama kdai Borg baju kurung?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...