Jumaat, 16 Ogos 2013

Pandai Buat Duit tapi Pandaikah Guna Duit???

Dah seminggu lebih Hari Raya Berlalu.. Jadi bermula episod kerja macam biasa hehehe
Alhamdulilah, beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri, komisyen perniagaan yang saya buat pun masuk. Satu dari Tupperware dan satu lagi dari Hai-O Marketing.

Tupperware mudah sebab sistem dia secara on line, kita boleh check kat www.twbiznet.my. Cuma Hai -O Marketing sampai ke hari ni tak sempat2 lagi nak register, kena tunggu comisyen statement letter baru tau berapa kita dapat. Saya pakai sistem bank in, tak terima cek bank. Bila periksa tau-tau duit masuk akaun tapi kita pun tak tahu sama ada dari pelanggan atau company..


Boleh check Tupperware online seperti jumlah jualan atau komisyen.

Komisyen Hai-O Marketing masuk, Alhamdulilah dalam RM500 lebih. Kalau dicampurkan bonus gomen RM500 kakitangan kerajaan saya dapat duit raya dalam RM2k bulan ni. Termasuk lagi pengerakan gaji dua bulan yang diberikan. Tapi semua duit itu kita pindahkan macam biasa kat satu akaun khas untuk surplus gaji atau side income yang kita dapat. Cuma saya ada gunakan RM1500 lebih daripada gaji saya untuk pembayaran kos stamp duty loan untuk urusan pembelian hartanah di Cyberjaya. Perbelanjaan raya hanya sedikit sahaja, baju raya yang dibeli cuma saya dan anak lelaki, Umar. Suami dan anak perempuan, Qaireen kekal baju raya yang lepas. Sebab saya akan gunakan untuk pakaian harian kerja saya sedangkan mereka bertiga hanya pakai setahun sekali dua sahaja.

Berniaga perlu ada ilmu! Sebelum ni saya pernah hadir kelas yang dianjurkan oleh satu kumpulan mengajar macamana nak membuat pemasaran dan menjanakan keuntungan perniagaan banyak. Tapi jadi kurang seronok bila  mereka juga mengajar cara hidup yang menghabiskan duit yang banyak. Perkara ini tidak memotivasikan saya. Kesannya, saya malas hadir ke kelas tersebut dan mula mencari seminar di luar yang lebih sesuai dengan jiwa dan hati saya. Antaranya seminar tersebut ada saya ceritakan di sini. Ada juga company anjurkan program yang bagus seperti saya ceritakan dahulu di sini. Banyak pengajaran saya dapat selepas menghadirkan diri banyak seminar kewangan dan perniagaan. Saya lebih jelas dan faham matlamat yang saya nak capai.



Bila ada pembaca blog menyatakan rasa ingin tahu dan berminat berniaga setelah melihat cara saya mencari side income, sejujur-jujurnya saya boleh menunjukkan caranya tetapi adakah seseorang tu boleh bersungguh-sungguh melakukannya.Adakan mereka suka dan gembira untuk berniaga. Buat jika anda suka, jika tidak atau terpaksa, lebih baik anda tinggalkan. Mahukah jualan anda ditolak jika penat menjual atau mempromosikan sesuatu produk. Saya kurang berminat nak follow up orang atau bersungguh-sungguh mengejar dan membimbing jika orang yang ingin berniaga tidak menunjukkan usaha mereka untuk berniaga atau maju dalam berniaga.

Ada pengajaran yang saya dapat ketika berniaga 'part time' ni. Kesilapan besar saya ialah apabila saya merasakan semua orang boleh buat seperti yang saya buat. Itu adalah kurang benar. Sebenarnya hanya orang itu sendiri yang boleh tetapkan apa yang dia mahu bukannya saya. Saya tiada kuasa itu untuk memberikan kejayaan pada sesiapa. Itulah pengajaran yang paling jelas saya dapat pada tahun ini,

Dan sudah tentu saya melarang keras mereka melakukan pinjaman bila memulakan perniagaan, walaupun keuntungan boleh dapat ribuan. Puncanya, perkara ini hanya akan membelengu diri dan kewangan mereka. KOMITMENT ANDA AKAN JADI TINGGI. Jadi gunakan modal serendah yang mungkin. Bayar jadi ahli pun jadilah, dan kemudian jadilah ejen yang rajin. Tiada jalan senang untuk jadi senang.

Dan jika kita pandai cari duit, pandai buat side income pastikan kita pandai bagaimana nak menjadikan hasil duit atau pendapatan kita menjanakan lagi kewangan kita. Bukan untuk menghabiskan duit kepada perkara sia-sia. Dan apabila saya melihat orang yang berjaya dan kaya tetapi cara perbelanjaan sederhana dan berjimat menyebabkan saya rasa kagum dan gembira kerana saya mahu menjadi seperti mereka. 

Rancanglah perbelanjaan kita, catatkan setiap hari apa perbelanjaan yang kita lakukan supaya kita tahu di mana duit kita telah dilaburkan atau dileburkan.



Saya bukan kedekut tapi jenis berjimat. Penjimatan tersebut banyak membantu saya ketika menghadapi waktu-waktu sukar dan ianya banyak beri pengajaran kepada saya. Mohon maaf jika ada ketidakpuasan hati pembaca pada blog ini.Kelemahan itu adalah daripada saya tetapi kelebihan dan kebaikan itu adalah daripada Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...