Isnin, 12 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Rasanya belum terlewat saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kepada semua pembaca blog ini dan juga pelanggan2 saya. 

Kemeriahan raya tetap dirasai dengan adanya kunjung mengunjung daripada saudara mara. Raya pertama tahun kami beraya di perak. dan raya ketiga baru balik ke Seremban.

Raya semalam (raya keempat), keluarga sebelah mak berkumpul di rumah Mak Dak di Mantin untuk berhari raya. Jadi memang tradisi berkumpul di sini semua keluarga mak sejak arwah atuk dan wan tiada.



Jurufoto tengah sibuk ambil gambar :)
.

Menyiapkan makanan untuk makan tengahari. 

Adik beradik perempuan mak, cuma mak teh saja takde. Yang lelaki ada tiga orang tapi tak dapat hadir.

Ambil gambar ahli keluarga lelaki.


Ambil gambar beramai2, semua anak, saudara, cucu dan cicit, lol.

Lepas tu, keluarga mak ngah berangkat ke Sendayan nak beraya rumah sepupu dia dan rumah kami sekali. Kebetulan hari tu final badminton kejohanan piala dunia. Lin Dan vs Chong Wei.

semua khusyuk tengok final badmintoon.

Macam parti Tupperware pulak, semua orang terpegun kot tengok barang kat rumah banyak benor tupperware. lol


Qaireen dan Umar 
sempat bermain dengan sepupu dan saudara yang datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...