Isnin, 23 September 2013

BERCUTI, DESTINATI MANA YANG PALING BAGUS??

Umumnya mereka yang berkeluarga mesti merancang bercuti membawa anak-anak ke tempat-tempat yang menarik. Yang bersesuaian untuk dinikmati sekeluarga, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Jadi saya boleh berkongsi trip yang pernah saya sekeluarga pergi, ada yang seronok dan ada yang kurang menyeronokkan. Bergantung apa yang kita mahukan untuk keluarga rasa dan nikmati perjalanan atau percutian tersebut.

Pantai Santubong, Sarawak
Berkunjung dan bermalam di Santubong Resort untuk Hari Keluarga anjuran jabatan sendiri dan juga jabatan suami. Ada dua kali kami datang di sini, sekali ketika Qaireen baru usia 10 bulan. Dan kali kedua ketika Qaireen berusia setahun lapan bulan.



Bilik memang besar dan luas, ada balkoni lagi. Memang selesa dan cantik. Anggaran  RM180++ hingga RM2++.

 Kalau nak buat sukaneka sempena Hari Keluarga pun mudah sebab ada ruang dan kawasan lapang disediakan oleh pihak hotel.

Kena berjalan sedikit untuk ke kawasan pantai. Qaireen tak pandai berjalan lagi, jadi dukung saja lah ke mana-mana.Air tengah surut ketika ini 


Pantai Santubong, pantai yang memang bersih dan cantik. 

Kali kedua berkunjung, Qaireen dah pandai berjalan dan berlari. Saya sarat mengandung 8 bulan. So bila ada kawasan lapang asyik berlari lah kerja dia, ayah dia mengejar sana sini, lols.



Sempat main air, berani sikit nak main air. Kalau untuk pengetahuan anda, pantai Santubong memang terdapat buaya di kawasan ini. Jadi sila berhati-hati.


Cameron Highlands.

Kami pergi pada Hari Raya ke empat, tahun 2010. Masa ini Qaireen dah berumur 2 tahun lebih dan Umar baru nak masuk 4 bulan. Kami beraya di Perak pada hari raya pertama dan sepatutnya pada raya ke lima bertolak balik ke Johor. Tetapi timbul pula idea untuk singgah ke Cameron sebelum balik ke Johor.

Untungnya di Cameron Highlands memang sejuk. Jadi anak-anak kecil tidak ada masalah kepanasan atau kurang selesa. Sebab di sini udara sejuk, segar dan nyaman. Betul-betul fresh!



 Memang banyak pokok dan bunga tanaman yang segar dan cantik-cantik. Nak beli? Saya sendiri pun tak beli kerana masa ini kami masih menetap di Kuching, Sarawak. Jadi payah nak packing bawa balik ke sana.

 Tapi kebanyakkan pokok dan tanaman di sini nampak segar sebab cuaca yang lembab dan sejuk. Tak tahu pula kalau dah bawa turun nanti pokok-pokok ni mampu hidup atau tidak. Emak saya pernah membeli masa dia berkunjung di sini, tetapi pokok tu akhirnya mati setelah beberapa minggu di rumah. 
 

Melawat ladang teh Boh memang satu permandangan yang mengasyikkan. Percayalah jika anda dalam 'stress' datanglah ke sini. InshaAllah anda akan berasa sejuk dan tenang, hilang sekejap masalah melihat kehijauan ladang teh. 

Hati-hati dan dan jangan biarkan anak anda berlari di ladang teh kerana kedudukan tanah yang curam. 

Qaireen dan Umar pun tiada masalah besar sepanjang bermalam di sini. Makanan? Untung ada pasar malam dibuka pada malam tersebut sebab kedai dan restorant banyak tutup sebab cuti Hari Raya. Jadi jimat dan kenyang untuk percutian tak terancang. Cukup bermalam sekadar 1 malam, sebab dua hari anda dah puas berjalan di Cameron Highlands. Jadi kalau hari raya anda dari utara tension mengadap traffic jem yang teruk apa kata singgah dulu kat Cameron Highland hilangkan tension, lols. 

 Balik hotel terus lena sebab udara sejuk, dan dalam bilik hotel pun tak perlukan penghawa dingin.  Hotel dan rumah persinggahan memang banyak. Kebetulan hari raya, Cameron Highland jadi sunyi sedikit, yang datang kebanyakkan pengunjung dari luar negara terutama negara Asia Barat.



Melaka Bandaraya bersejarah

Berkunjung di sini adalah pilihan kurang tepat bagi budak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sebab cuaca panas dan diorang pun bukan berminat dengan bangunan sejarah hmmm....

Melawat Bandaraya Melaka, singgah sekejap jer sebelum bertolak balik ke Perak. Mujur ada dua stroller, senang sikit nak bawak budak-budak berjalan. 

Wargh! kurus giler haku time ni huhuhu.....

 Tengah fikir, nak panjat Bukit St Paul ke tak... Tak payahlah, jadi penat dan buang masa nanti.


Memang confirm Umar boring, 'Tak syoiik ibu, panas pulak tu'.

Tapi tahun 2012, saya dan husband sekali lagi bawa anak-anak ke sini. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia Melaka. Kami berkunjung ke Zoo Melaka, menyusuri sungai Melaka menaiki bot dan naik Taming Sari. AWESOME!! Masa ni budak-budak dah besar sikit jadi dah pandai dan faham. Soory no picture, sebab masa ini kamera saya ada problem sedikit. 


Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit Bendera, kami pergi masa cuti sekolah. Memang silap besar. Sebab terlalu ramai pengunjung dan anda tahu ketika itu tempat meletak kenderaan terhad. Jadi terpaksa menapak ke Bukit Bendera, bersesak-sesak dengan orang ramai termasuk rombongan-rombongan Cik Kiah. Bad timing! Naik saja terus sampai atas memang tak lama, sebab keretapi dah bertukar kepada kuasa elektrik, memang laju. Satu perkembangan positif. Tak macam dulu masa saya pergi time bujang dulu, keretapi macam siput, semput...
Lucu tengok parrot, kecoh berbunyi. 



Mujur di atas ada taman burung jadi seronok sikit Qaireen tengok burung-burung di situ. Dan saya rasa Bukit Bendera tak sesejuk macam dulu, terasa juga bahang terutama pada waktu tengahari. Pusing-pusing sekejap je habis. Suami pun hairan, itu je ker?? Hehehe penat beratur menunggu nak naik keretapi saja. Seronok? Tidak, yang dapat cuma penat, kepanasan dan lemas dengan kebanjiran orang ramai. 


Bukit Merah Lake Town.

Kami tidak bermalam di situ, pergi balik hari juga. Menaiki bot menuju ke Pulau Orang Utan adalah destinasti pertama kami. Sebab Qaireen dan Umar lebih berminat melihat haiwan kalau pergi berjalan ke mana-mana. 


Ke Pulau Orang Utan, umpama macam masuk Jurassic Park, kita yang duduk dalam sangkar. Ada laluan khas berjaring untuk kita berjalan. Orang utan berkeliaran bebas di pulau tersebut. 


Anak orang utan pakai pampers! Mereka diasingkan dan dijaga khas untuk diberikan nutrisi secukupnya sebelum dibebaskan ke pulau. 

 Ada taman haiwan dan burung. Macam-macam ada. Kancil, rusa, ikan, lotong, ungka, memerang, burung-burung yang jinak dan pelbagai jenis spesies yang tak berbahaya. Ada pertunjukan haiwan jadi anda kena tengok waktu-waktu persembahan dia supaya boleh timing, tidak mahu terlepas.

Bagi tikus tanah yang jinak makan kuaci.....

Wet World Batu Pahat.

Bawa kanak-kanak bermain air memang menyeronokkan. Wet World BP terletak di Tasik Merdeka, Batu Pahat. Parking senang dan tidak terlalu ramai orang. Jadi kurang sesak dan lebih selesa bawa kanak-kanak bermain air di sana.. 


Air cetek, Umar yang baru pandai merangkak boleh bermain-main di situ. 

Ruangan khas untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. 



Kolam luas untuk kanak-kanak, jadi tak perlu bersesak-sesak seperti swimming pool di hotel. Memang selesa dan terbaik.  

Langkawi

Berkunjung di Langkawi selama 4 hari 3 malam memang sesuai bagi mereka pertama kali datang ke sini. Pengangkutan kami mengunakan MAS Airlines. Kalau anda memandu menuju ke utara memang agak meletihkan kerana memandu jauh berjam-jam. Kemudian perlu menaiki feri di Kuala Perlis atau Kuala Kedah, agak sukar dengan membawa beg yang besar, mungkin banyak (faham-fahamlah kita travel bersama anak-anak kecik, bukan backpacker travel).

Menaiki flight adalah idea baik walaupun bajet tinggi. (Anda boleh planning beli tiket jika ada promosi terutama Air Asia). Badan cukup rehat dan anak pun rasa selesa. Dari KLIA hanya lebih kurang 1 jam  sahaja ke Langkawi. Cepat dan mudah. Kereta sewa pun ada disediakan di Airport Langkawi.

Hotel dan homestay memang banyak pilihan di Langkawi. Kami memilih Awana Porto Malai Langkawi. Berdekatan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Lagipun ber'shopping' bukan agenda utama kami. Kebetulan ada pakej menarik ditawarkan, masa ni bukan cuti sekolah atau waktu puncak. Boleh rujuk di sini. 

  
Melawat Underwater World. Memang terbaik jika bawa kanak-kanak ke sini. Ikan-ikan yang berenang seolah-olah "berterbangan" di atas kepala kita. Budak-budak dan orang dewasa macam saya pun boleh terpegun. Kemudian ada aksi comel dari peguin-peguin di situ.


Bermain air di Dataran Lang.



Cuaca sejuk dan permandangan cantik di Gunung Mat Chicang


Hari kedua, menaiki kereta kabel di Gunung Mat Chincang. 


Sesi berendam kaki di Kolam Air Panas di Ayer Hitam

Pergi melawat ke Pameran Kraf. Ada banyak cenderamata di sini. Qaireen teruja tengok labu sayong yang besar di situ. 

Aktiviti wajib ke taman haiwan di sini, memang kanak-kanak sukakan haiwan. 

Burung begitu jinak sampai ada hinggap di tangan kita.  

Hari ketiga, aktiviti naik bot. Macam mengikuti kelas Geografi. Qaireen dan Umar teruja tengok ketam dan kelawar di dalam gua. 

Naik bot umpama pengembaraan yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Sampai ke hari ni Qaireen selalu sebut kisah naik bot pada kami. 

 Kalau suruh saya suapkan, taubat saya tak mahu punya!!

Perihal makanan tiada masalah di Langkawi. Ada kedai dan bistro di area situ tapi harga memang mahal sebab target pada pelancong asing. Anda boleh pergi ke pasar malam kalau nak rasa makanan tempatan- laksa dia memang sedap, atau pun ke restoran masakan siam.


Taiping

Kalau ingin menikmati suasana kampung dan tenang boleh berkunjung ke Taiping. Kebetulan suami  berasal dari sana, berdekatan dengan Bukit Gantang. Kawasan yang kaya dengan Raja Buah-DURIAN! Ada Hutan Bakau Kuala Sepetang dan mee udang yang superb!!


Saya pernah ceritakan tentang taiping di sini. Boleh baca dan jika ingin tahu lebih lanjut. 

Vietnam 

Kami pergi berdua, tanpa anak-anak. Selama 3 hari 2 malam, kami jadi backpacker travel. Cuma bawa satu beg sandang saja- beberapa helai pakaian dan telekung, kelengkapan penting seperti handphone, charger dan pasport. Tiada bagasi. Memang sempoi! Anda boleh baca di sini.

Di lapangan terbang Ho Chi Minh

Setakat itu yang saya boleh kongsikan. Ada yang lain cuma tak sempat nak tulis semuannya. Bolehlah ambil pendapat dari saya yang hanya insan yang kerdil ini.



3 ulasan:

  1. terima kasih atas info.
    skrg tgh cuti sekolah..pening juga nak fikirkan nak bawak anak2 kemana.

    kalau rasa nak bajet..memang pilih yg dalam negeri..tapi kata orang..jauh berjalan luas pandangan..ye dak..

    kalau boleh nak jugak bawak2 anak2 jauh ditempat orang..insyaAllah.

    again, thanks share ttg tempat2 percutian menarik dengan kami.




    salam kenal buat tuan rumah.
    che'Pah
    www.latifahsuleiman.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 che Pah,
      saya share di sini apa yang kami lalui huhuhu. InshaAllah akan update dari masa ke semasa. Salam perkenalan juga dari saya. Boleh kita ber'blog walking pasni :)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...