Khamis, 3 Oktober 2013

GARAJ WANG ABANG ABU 3.3.3


Teringat masa kecil, sekitar tahun 1991 Mak Dak telah menghadiahkan kami 1 kotak game Monopoly. Dia sekeluarga baru kembali dari UK setelah menetap beberapa tahun di sana. Rasa best dapat kotak berwarna merah tu, yang buatan oversea, cantik dan kemas cuma dia berbahasa 'omputeh'......Ada duit buatan, replika rumah merah (hotel) dan rumah hijau, buah dadu dan papan mainan dia yang memang berkualiti. Yela kami duduk di kampung dan main permainan kampung jadi bila dapat permainan yang diimport macam tu memang rasa teruja sangat.


Bila kami main, kalau tak faham mesti tanya mak dan ayah apa yang dimaksudkan ayat-ayat dalam kad tersebut. Ketika itu saya darjah empat dan abang saya darjah lima. Kadang-kadang kami bermain dengan sepupu-sepupu yang lain. Salah seorang pemain mesti menjadi banker, untuk uruskan duit pembayaran gaji, tax atau penalti yang dikenakan pada setiap pemain.

Main game ni kadang-kadang boleh sampai bergaduh kecil. Terutama bila abang saya jadi banker, dia kadang-kadang amik duit bank untuk jadikan duit sendiri ( kira kes gelapkan duit ler ni). Lagi hebat kalau dia tak jadi banker tapi tangan dia panjang hehe senyap-senyap ambil duit bank masa sepupu jadi banker.


Dan baru-baru ni saya main game tu sekali lagi. Bukan dengan kanak-kanak tetapi dengan semua orang dewasa. Saya pernah tulis perihal saya dan suami ke Seminar Advance Power di bawah kelolaan Dr Azizan. Program itu ada saya ceritakan di sini. Jadi selepas seminar berakhir ada lagi satu perjumpaan untuk adek- beradek Abang Abu di dalam bengkel Garaj Wang selama 1 hari.


Saya pergi sendiri kali ini. Bertempat di PKNS Biz Point Shah Alam, tiket garaj yang ini memang sold out. Tempat penuh!. Dalam garaj wang kita akan bermain game Cash Flow (Rat Race) keluaran dari RICH DAD-Robert Kiyosaki, macam main Monopoly atau Saidina. Cuma game ini lebih berkait dengan 'financial education' kita, lebih hampir kepada realiti hidup yang sebenar..




Dalam game ini, kumpulan kami diberikan kad pekerjaan berserta gaji dan perbelanjaan.  Ada yang dapat kerja doktor, peguam, juruterbang, cikgu dan lain-lain. Saya dapat pekerjaan cleaner-pembersih! Gulp! Aku rasa macam nak tukar kerja je! tapi fikir balik Abang Abu kata orang yang gaji kecil pun boleh jadi kaya, saya sahut cabaran. Yup gaji saya hanya 1000 dollar/month jadi perbelanjaan sangat sedikit jika dibandingkan peserta lain dalam kumpulan kami. Diorang walaupun pekerjaan hebat gaji hebat tapi pebelanjaan pun hebat juga hehe. Jadi misi kami perlu keluar dari 'RAT RACE'. 




Macam biasa bila main mula-mula mesti keadaan tenang dan santai. Tapi bila tiba minit-minit akhir masing-masing tak senang duduk! Semua berdiri sudah tunggu nak baling dadu secepat mungkin hahaha! Akhirnya hanya seorang saja kakak ni berjaya keluar dari Rat Race dan menikmati 'Financial Freedom'! Tapi tak best pulak bila last minute dadu dia baling terkena pula pada perceraian dan kehilangan semua cash! Aduh, nauzubillah. Saya snap gambar mula-mula saja, bila main tak  ingat langsung dah, fokus giler!

Sayang.... sikit lagi saya nak keluar dari Rat Race, tapi ada sebab yang saya nampak akan diri saya. Saya kurang berminat pada perkara yang berisiko. Bila dapat kad offer beli saham dengan harga murah, saya beli kuantiti sedikit huhuhu. Jadi bila saham naik, saya jual dapat untung sedikit. Menyesal tak beli banyak-banyak. Sedangkan itu peluang untuk saya tambah pendaptan portfolio saya.

Rata-rata ahli kumpulan lain pun mengharapkan pada hartanah, jadi nasib kat akak itu memang asyik dapat kad untuk beli banyak hartanah. Saya banyak dapat kad beli saham. Jadi tauke saham, cuma saya tak berapa mahir tentang saham beli sikit jer. Last-last fasilitator Abang Abu (seorang ustazah) tegur, BELI BANYAK2!!! Ish rugi awak beli sikit tu... kemudian dia ajar macamana nak beli jual saham. Oo baru saya faham permainan saham ni. Ruginya tak tahu awal-awal!

Kesimpulan yang saya dapat, kita perlu tahu tentang banyak perkara yang boleh tambah pendapatan sampingan seperti saham, bon dan aset. Terlalu fokus pada hartanah pun kadang-kadang nasib tak kena, jadi macam rakan-rakan yang lain asyik balik dadu pusing-pusing dalam tu juga. Ada pula sampai lupa nak kutip gaji hehe terlalu fokus nak kejar nak tambah income tapi tak tahu kat mana.

Barulah rasa seksa, lemas dan rimas bila terkurung dalam Rat Race. Tapi itulah yang kita lalui dalam kehidupan hari-hari. Asyik-asyik kerja, bayar bil dan perbelanjaan saja. Duit pun harapkan pada gaji, tiada side income atau pasif income. Dan siapa kata cleaner tak mampu jadi jutawan. Bacalah di sini yek, memang ada!

 

So dah habis main, Abang Abu pesan cuba praktik dalam kehidupan sebenar yek. Baru berjalan simulasi tu. Kata fasi, sepatutnya perlu bermain sekurang-kurangnya 5 atau 6 kali, baru game ni dapat simulasi diri kita. Jadi bila kita berada dalam realiti, kita tahu apa yang kita perlu buat dan jadi lebih peka untuk bertindak. That true! saya nampak kekurangan pada diri sendiri dan saya rasa macam tak puas lak main satu kali sahaja hehe. 1 kotak game tu harga RM 500. Boleh beli pada Abang Abu sebab dia dilantik jadi duta Cash Flow Game dari Rich Dad Company. Amacam, berminat tak?? :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...