Ahad, 6 Oktober 2013

KELAS HANDS ON CHECK DEFECT

Sabtu lepas 28hb September 2013, saya menghadiri kelas Hands on Check Defect anjuran sifu hartanah Cik Rohaniah di Cyberjaya. Punca utama saya rasa wajib pergi sebab tahun depan inshaAllah saya dan suami akan dapat kunci rumah yang dibeli under con di Bandar Sri Sendayan. Seperti biasa developer akan beri tempoh setahun andai kata ada sebarang kerosakan atau defect pada rumah, developer akan bertanggungjawab membaikinya secara percuma.

Jadi apa yang dikatakan defect? Itu yang saya perlu tahu. Sesi pengajaran ini berlangsung di Domain 3, Cyberjaya. Kelas bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Kebetulan Sabtu tu saya kerja kerana ganti cuti hari raya yang lepas. Jadi lepas tumb print di opis Port Dickson, dalam 8.30 pagi saya berkejar ke Cyberjaya. sampai hampir 10.20am. Errr terlewat sikit sebab tercari-cari Bangunan Emkay. Tidak beberapa familiar sangat jalan di Cyberjaya.

Domain 3, sampai je boleh tersilap naik ke Domain 1 pulak hehe.

Cantik dan kemas kawasan di Domain, Cyberjaya. Kebetulan pagi tu ada gotong royong oleh komuniti Neocyber.

Sampai ke apartment tersebut, Cik Rohaniah selesai memberikan penerangan dan bermula aktiviti untuk cari defect yang ada pada bangunan apartment tersebut.Ini termasuklah dinding, pintu, tingkap, tiles, suis dan sebagainya. Peserta seramai lapan orang sahaja, tak ramai sebab apartment ini luas hanya 850ft. Ada dua bilik tidur dan dua bilik air. Harga sekitar 300k ke atas sekarang. Memang banyak benda juga nak check. Memang ambil masa untuk teliti setiap bahagian rumah.


Kalau apartment seluas 850ft pun ambil masa nak teliti, macamana pula kalau rumah bertingkat-tingkat, banyak bilik tidur dan bilik air. Fuuuh jenuh ler nak teliti satu-satu. Tapi itu memang hak dan tanggungjawab kita untuk check defect, jangan terlampau seronok sebab dah dapat rumah baru terlupa pula perkara ini.

Check setiap penjuru bahagian bangunan termasuk tingkap berserta frame sekali. 


Check tiles, caranya ketuk-ketuk keliling setiap tiles pastikan bunyi padat. Tiada ruang lompong. 

Kalau anda lihat betul-betul mesti ada yang tak kena pada bahagian dinding ini. 

Ada sumpit sedikit di bahagian kaca tingkap. Maaf kalau gambar ditangkap tidak jelas. 

Tiles di bilik air memang banyak yang lompong. 

Tunjuk ajar yang berharga dari sifu hartanah, Cik Rohaniah.

Memang banyak dipelajari hari tersebut. Tamat kelas tepat jam 12.30 tengahari, saya bergegas balik semula masuk opis di Port Dickson. Tak sempat nak beramah mesra dengan sifu Cik Rohaniah dan peserta yang lain. Apa pun terima kasih banyak kepada beliau atas tunjuk ajar hari tersebut. Akan saya praktikkan bila dapat kunci nanti untuk rumah di BSS dan GP di Cyberjaya. Fuuuh berdebar-debar jantung :)






4 ulasan:

  1. Terima kasih atas penulisan ini.

    BalasPadam
  2. Salam..macam mana nak attend kelas ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Bergantung kpd cik Rohaniah Noor pakar hartanah wanita kita. Boleh like page beliau Rohaniah Noor ;)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...