Rabu, 11 Disember 2013

Bila Anak Suka Pergi Tesco

Qaireen dan Umar suka ajak pergi Tesco. Sejak pindah balik ke semenanjung, perkataan TESCO selalu je disebut. Kalau marah ker nak pujuk ker mesti cakap "Nak gi Tesco jangan nakal2!" atau "Kalau gaduh lagi ibu ayah tak nak bawa gi TESCO!" hehehe. Mesti akan dengar cakap :P

Kadang-kadang balik kerja je, malam ajak pergi Tesco aduhai. Penat badan tapi rasa macam kalau ada barang dapur takde atau pampers (time sale susu dan pampers Drypers memang murah!!) pergilah juga ke Tesco selepas mahgrib.



Dalam Tesco ajar diorang ambil makanan yang sihat2 sahaja.
No junk food ok.




Lagi satu, anak-anak ni suka sangat makan nasi ayam TESCO. Padahal kami ni dah ler jemu sejemunya. Iyela kalau diorang tak abis makan kenalah ibu dan ayah diorang abiskan. Sabar jelah. 





Tapi memang favourite diorang, kalau nak makan kenyang-kenyang mesti pergi ke Tesco. Sure confirm makan nasi ayam dengan air soya atau jus punya :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...