Sabtu, 7 Disember 2013

Main Play Doh

Pergi Tesco S2 arini ternampak set Playdoh kat enterence Tesco. Memang pernah niat nak cari sebab ada baca kat internet main playdoh bagus untuk kemahiran kognitif kanak-kanak.

Apalagi terus amik masuk dalam troli. Qaireen pun asyik pegang je sampai ke kaunter bayar. Sampai je kat rumah cepat2 Qaireen dan Umar suruh ibu bukak bungkusan Playdoh. Tak sabar nak main.



Ibu dia pun join sekali main hehe. Buat ler cup cake, pizza, patung dan biskut. Aku rasa aku yang lebih2 main playdoh daripada anak2 haha. Ajarlah macamana nak bentukkan bulat ker segitiga atau petak. Leka diorang main playdoh kat meja.


Umar teruja sungguh!

Main sampai berpeluh-peluh

Buatlah pizza dan pai konon2nya haha.

Kek cawan saya dah siap! Isk jgn dimakan sudah ye nak. 

Yang penting pastikan anak usia 3 tahun ke atas yg boleh main. Sebab tu playdoh hanya sesuai 3 tahun ke atas. Takut nanti ada yg termakan pulak ok..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...