http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Selasa, 25 Februari 2014

CHECK DEFECT!!

Ok kalau dah dapat kunci, mesti anda rasa gembira terutama bila dapat rumah baru. Jadi jangan teruja sangat, apa yang penting mesti check defect pada rumah baru. Samada rosak kecil atau besar perlu ditulis dan dilaporkan segera kepada pihak developer. Lebih-lebih lagi dalam jangka waktu jaminan yang diberikan. Kebetulan aku pernah hadir kursus check defect (di sini) anjuran seorang blogger pelabur hartanah, jadi aku gunakan semua yang dipelajari untuk dipraktikkan di rumah sendiri.

Penat woo, asyik cangkung nak check semua jubin tiles dalam setiap ruang. Anak2 mula2 jer tolong ketuk lepas tu dah terus berlari keluar masuk rumah.

Mostly yang aku jumpa, ada crack sedikit dalam dan luar rumah tapi tak berapa nampak. Halus je garisan dia. Dan tiles ada beberapa yang lopong, kosong bawah dia. Caranya aku ketuk2 ler setiap jubin yang ada, kalau bunyi kosong tandanya bawah tiles tu kosong. So korang banyak kan ler bebrapa banyak tiles aku ketuk2 semua ruang termasuk bilik air, dapur dan stor. Patah pinggang beb!

Gunakan plaster untuk tampal pada kerosakan yang ada, labelkan nombor di atasnya. Jika kerosakan yg sama sila letak nombor yang sama juga. 


Jika kerosakan yang berlainan letak nombor yang berbeza dari yang sedia ada.

Sepatutnya developer sediakan plan layout supaya senang ler kita nak coding defect yang ada, tapi takde pun. Dia bagi sehelai borang je. 

Labelkan nombor pada setiap ruang anda telah tandakan. 


Jadi aku pun kena lah lakar balik plan layout rumah semula, masa check aritu lakar2 sempoi jek. Lepas tu cadang nak buat pakai software autoCad tapi tak sempat. Ni pun curi2 lukis lakaran jap masa lab Cad Cam. Tapi student tak berhenti datang tanya itu dan ini. Layout nak bg contractor diorang paham kat mana kawasan rosak tu. Hehe macam main treasure hunt pulak doh...


Dan akhirnya senarai nombor yang ditulis dan terangkan kerosakkan dia. Jadi kalu aku kira2 ada 10 kerosakkan yang berlainan. Tandatangan dan hantarlah layout dan senarai kerosakan ke pejabat kontraktor pemaju. Lagi segera hantar lagi cepat ler diorang repair kan... Itu sahaja, perlu ingat jika anda sudah buat renovation rumah, pihak pemaju tidak akan bertanggungjawab untuk baiki kerosakan yg ada nanti. 

sekian ..





2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...