Ahad, 23 Februari 2014

SIBUK... SIBUKK... SIBUKKK...3

Sepatutnya hari ni hari sabtu aku bekerja, ganti cuti sempena hari Keputeraan Negeri Sembilan. Tapi aku mohon cuti, sebab suara aku dah hilang tak mampu nak bersuara. Habis je kelas petang semalam suara terus jadi serak.

Jadi hari ni penuh agenda kena guna sebaik2nya. Pagi2 aku dan husband antar anak2 ke rumah pengasuh di PD sebelum bertolak ke KL. Ada appointment di Bandar Sunway untuk view site unit apartment di sana. Janji pukul 10 pagi, jadi cun2 time aku dan husband dah terpacak depan blok mentari court, lols. View sekejap dan selepas berbincang dalam sejam, kami pun beransur nak balik Seremban semula. Pasal unit ni nanti lah aku citer lain post.

Sampai Seremban semula pukul 12.30 tghari, kami terus ke Matrix Concepts Sdn Bhd. Yup, dah dapat Vacant Procession untuk rumah baru kami, yeahhh!! Pergi pun sempoi, nombor lot pun tak ingat hahaha. Nasib ada jiran baru tu bawak plan rumah.



Tunjuk IC, tandatangan beberapa borang dan seterusnya kami diberikan cenderamata, payung, pen dan keychain dari developer. Kemudian cabutan bertuah ( takde cabutan sebenarnya, just diorang bagi sama semua). Hah dapat baucer buku eh silap baucer untuk lampu daaa...sepatutnya bayar deposit api air dalam RM600 tapi diorang dah tolak siap2 dari rebet. Tak lupa juga sekeping cek rebet dari developer.

voucher lampu RM300

Key chain dan pen.

Settle semua, tandatangan borang2 dan ambil cenderamata kami terus ke bandar Senawang. Yup dah janji dengan ID Taman Komersil Senawang nak jumpa dalam jam 2.30 petang. Sebelum tu singgah makan dan solat di Giant Senawang. 

Then pukul 2.15 petang aku jumpa Miss May, dia terus design kabinet dapur pakai software. Wah bagusnya!! Sebab ID yang lain ( ini yang ke 4 aku jumpa untuk mintak design dan quatation) just lakar guna pen atau pensil, kalau software kena byr deposit dulu.  Ini dia terus je lukis drafting kabinet dan siap bg jenis kabinet kalau kita nak thk mana ok. Pastu dia kira2 semua kos. 

May terus lukis dan design jenis material kabinet dapur. Time ni bateri kamera aku dah nazak, tak boleh dah nak amik gambar byk2.


May siap bagi gambar depan kedai dia, sebab aku tak ingat banyak juga aku pergi survey minggu lepas

Settle dalam pukul 4.00 petang, kami pun bergegas balik ke PD ambil anak2. Amik awal, sebab suara aku dah totally hilang serak habis. Cuaca panas sungguh. Tapi bila magrib, alhamdulilah hujan turun dengan lebatnya setelah hampir 4 minggu kemarau. 


Mendung berarak lalu. Sejuk sikit bumi Sendayan ini. syukur.....












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...