Selasa, 11 Februari 2014

SIBUK...SIBUKK...DAN SIBUKKK - Part 1

Lama tak dapat update blog, sebab sekarang teramatlah sibuk menguruskan anak-anak dah mula masuk tadika PASTI. Lepas tu sibuk mencari kontraktor untuk pengubahsuaian rumah sedikit dan pemasangan jeriji



Alhamdulilah, Qaireen dan Umar dah mula bersekolah di Pasti Al Fateh, di Bandar Seri Sendayan. Kira tempat tu dekat berhadapan dengan rumah baru kami. Mula-mula susah juga nak suruh diorang bangun pagi-pagi dan mandi bersiap ke sekolah. Yelah sebelum bersekolah dulu, selalu masuk ke kereta dan on da way ke PD confirm diorang akan tertidur sebab 30 minit nak sampai rumah pengasuh. Sebab itu aku dan husband pilih tadika paling hampir. JAdi tak delah diorang nanti boring sampai tertidur hehehe.



Hari pertama. 
 Mak bapak masing-masing sibuk register dan bayar yuran anak mereka. 

Qaireen mula-mula teruja juga sebab ramai yang datang. Tapi lama-lama dia boring, sibuk ajak balik rumah. 

 Umar tetap steady, masuk je terus kumpul bola2 dalam Pasti dan letak kat kaki dia. Lol

Dan selesai daftar dan suai kenal maka bermulalah kesibukan tu hehe. Setiap hari kerja, pukul 6 pagi memang dah kena bangun mandi, solat dan  buat sarapan (kalau anak-anak request nak makan apa2 untuk alas perut). Lepas tu kejutkan Qaireen dan Umar bangun dan mandi. Qaireen so far tak de masalah tapi Umar confirm nak nangis saja, tak nak mandi. Pukul 7.15 mesti dah ada kat Pasti. 
 
Umar possing dengan uniform baru


Pagi-pagi dah masuk kelas, muka mengantuk jer Qaireen ni. Memang kena paksa tidur awal supaya dia tak mengantuk di kelas. Kalau balik ambil anak-anak, rajin-rajin tanya apa belajar hari ni, makan apa kat sekolah tadi, kawan-kawan ramai tak? Nak tackle hati anak-anak supaya mereka seronooook nak ke sekolah. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...