Isnin, 17 Februari 2014

SIBUK...SIBUKK...DAN SIBUKKK - Part 2

Yup, sekarang tengah sibuk juga mencari kontraktor. Hari Sabtu dan Ahad je mesti aku dan husband bawak anak-anak keluar survey. Mencari kontraktor dan quatation dah diberikan untuk kerja2 pemasangan grill, penutupan lubang void dan serba sedikit pengubahsuaian. Maklumlah rumah ni beli tanpa show house, bila siap banyak juga yang nak kena diubahsuai sedikit.

 Feeling apa, padahal tgh tengok perhati kat pondok guard jalan keluar masuk.

Kalau orang nak beli kereta akan test drive utk feeling, aku pun gitu jugak. Tapi untuk rumahlah, duduk dalamnya dan amik feeling hehe. Minggu ni rumah sudah mula dicuci dan dikunci oleh developer. Lepas ni tak boleh masuk dah kena tunggu VP jawapnya.

Kalau tengok rumah ni design moden, banyak pulak kaca dan cermin dipasang  untuk pencahayaan. Memikirkan keselamatan, banyak pula jeriji perlu dipasang, umpama rumah bertukar penjara. Syarikat sekuriti belum dilantik, tapi ada sebahagian komuniti Tritonixs bersetuju untuk hire syarikat kawalan keselamatan. Kontraktar pun ramai keluar masuk datang akan melihat dan menekan2 kalkulator untuk anggaran harga pengubahsuaian.

Void ni adalah paling utama perlu kami tutup dahulu berbanding bahagian yang lain. Tutup rasa selamat sikit untuk anak2 dan ruang atas akan lebih luas. So apek, kira2 lah berapa kos. Lol


Serabut atas meja, tengah kira dan kira dan kira...sambil tunggu air paip rumah bila lah nak keluar oooi

 
Agak-agak aku boleh tak jadi ID lepas ni?? lol.

Pemasangan kabinet dapur pun sama, habis dikaji dan dibaca. Kami suruh ID buat quatation jenis2 kabinet yang sedia ada. Mujur kebanyakkan ID di Seremban 2 banyak membantu, senang untuk bekerjasama. Buatkan design dan letakkan quatation bagi kabinet bagai jenis yang diinginkan. Layan jelah kehendak pelanggan yang banyak cerewet ni hehehe. Aku dan husband nak pastikan semua mengikut bajet yang ditetapkan. Masuk rumah baru memang banyak duit nak digunapakai. Jadi memang pusing habis sampai ke Senawang survey semua sekali. Adoi penat....

Untung ada husband pandai negotiate, memang dia nego habis-habisan untuk dapat price terbaik. Tak sia2 pergi berkursus, lol.

Lampu oh lampu, mcam2 bentuk yang bergantungan.



 Memang cantik, sebab tu Umar asyik ajak pergi kedai lampu, bab ni dia dan qaireen siap baring tengok lampu kat atas (mujur kedai ada karpet). Dekat dua jam duduk dalam kedai ni, pilih lampu je pun. Kebetulan ada officemate pun ikut sekali untuk beli rumah baru dia, jadi kira harga dapat murah yek taukeh, sebab bawak customer lain tau hahaha 


Husband siap boleh jadi promoter lagi promote design lampu kat member, lol. Ok nanti sempat share lagi, terutama bab air yg dah kering kat Nusari Aman ni. huhuhu




1 ulasan:

  1. Jika anda memerlukan perkhidmatan kontraktor yang bertauliah dengan kerja berkualiti, untuk:
    1. Ubahsuai rumah & bina baru
    2. Pengubahsuaian Pejabat & ruang komersial
    3. Kabinet dapur
    4. Kerja Mengecat
    5. Pagar besi
    6. Siling plaster
    7. Pemasangan granit & jubin
    8. Kerja-kerja elektrikal
    9. Partition
    10. Kerja-kerja kaca
    11. Binaan bumbung
    Dengan Kepakaran yang dimiliki kami berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan profesional dengan kemahiran cemerlang dan berkualiti pada anda. Pengubahsuaian rumah anda dengan perkhidmatan kami mampu memastikan ketenangan fikiran, daripada tempoh awal projek sehinggalah tempoh siap pembinaan yang dijamin kualitinya.
    Jika anda mempunyai sebarang rancangan untuk pengubahsuaian dan memerlukan kepakaran kontraktor dari kelas F sehinggalah kelas A yang bertauliah berbincanglah dengan kami.
    Terima Kasih,
    SKECTHOUT EMPIRE (SOE)

    Hubungi Kami

    012-627 0931 Syawal Ismail (Project Manager)
    014-224 1024 Syazmie Salim (Interior Designer)
    013-400 0950 Asrul (Interior Designer)


    email : skecthoutempirekl@gmail.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...