Selasa, 4 Mac 2014

Susulan selepas check defect..

Alhamdulilah, setelah hantar laporan check defect yang aku tulis di sini, akhir lima hari kemudian pemaju telah menghantar kontraktor untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan.

Samapi depan rumah, ada barang2 kontraktor dan bongkahan tiles yang rosak.


Sebenarnya hari Sabtu lepas mak dan ayah datang sini,  jadi bawalah diorang tengok rumah baru kami. Sampai je depan rumah ada beberapa kontraktor sedang buat kerja masing2. Diorang bagitau tugas diorang baiki tiles yang tosak, nanti ada kontraktor lain datang untuk baiki kerosakan yang lain.

Tiles kat tangga dah dibuka semula.

Dalam bilik pun sama, bagus juga buat pelan dan label. Senang kerja diorang.






Hehe berhabuk balik rumah, tak mau kacau. Biar ler diorang siapkan kerja elok2. 

Jadi ada jiran2 ingat kami dah start buat renovation rumah hehehe. So fast!! Padahal kontraktor yang baiki kerosakan. Pemaju dah bagitau kalu hantar report awal2 diorang akan buat awal2. Sebab ada 400 lebih unit telah diserahkan kunci, jadi bayangkan berapa lama nanti nak tunggu kan. Baik buat cepat2!! Jadi nanti selesai kerja2 pembaikan, boleh start renovate dan pasang kabinet. Kontraktor kami pun dah datang ukur dan hantar barang. Semoga dipermudahkan, amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...