Selasa, 22 April 2014

Buat Puding Roti Chips Coklat

Entah apa mimpi aku tetiba nak buat puding roti chips coklat gitew.... maka mulalah beli roti, stok telur (aku amik sepapan lagi) dan susu full cream.. Stok serbuk koko, chips coklat, butter dan esen vanila memang ada lagi kat dapur rumah aku.

3 sudu besar butter
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
10 keping roti
1 gelas susu full cream
Segengam coklat chips ( ikut banyak mana korang tabur yek)
3 sudu serbuk koko+air panas (buat jadi pes)



Ambil dalam 10 keping roti dan carik-carikkan dalam loyang yang sudah digriskan butter sekelilingnya.



Lepas tu tuang susu full cream sekurang-kurangnya satu gelas. Lepas tu taburkan coklat chip di atas roti tersebut. Opps jangan lupa panaskan oven anda sekurang2nya 10 minit, suhu kepanasan 180 degree celcius.


Pastu cairkan butter sebanyak 3 sudu besar. Yang ni aku guna double boiler sebab kat rumah ni tak de microwave huhuhu. Pastu aku campurkan telur 3 biji, esen vanila dan gula halus setengah cawan. Pukul guna mixer sampai naik buih. Hah aku buat cara manual jer...pukul dan pukul pastu campurkan pes coklat tadi.


Pukul sampai berbuih dan tangan dah lenguh ( atau yang mana dulu hehehe). Pastu tuang dalam loyang yang ada roti tadi. Dan bakar 40 minit panas oven 180 degree celcius.


Dah siap bakar, boleh sejukkan dan letakler aiskrim ker, sirap strawberi ker coklat. Ikut suka korang lah yek. Aku dan anak2 jer bantai. Suami tak makan sebab dia tak boleh makan roti dengan coklat. Aku makan jelah, apa yang pelik ye tak!! hahaha

P/s: Masa makan aku tak amik pulak. Nanti aku update lagi pulak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...