Selasa, 6 Mei 2014

BERCUTI KE PULAU TIOMAN

Sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2014 lepas, mak dan ayah aku dah plan nak bawa satu keluarga ke Pulau Tioman dengan semua staf Klinik Pakar Dua, Hospital Tunku Nora Batu Pahat.

So aku sekeluarga habis je kerja terus bertolak dari Seremban balik Batu Pahat. Kiranya kami berkumpul dulu di rumah mak dan ayah sebab nak berkonvoi beramai-ramai. Dan besok pagi kami bersiap-siap untuk bertolak ke Jeti Mersing sebelum 12 tengahari.

Pergi dua buah kereta MPV, muat dengan beg2 dan orang sekali hehehe.

 Sedapnya. 
Singgah sekejap di Jentayu, Parit Raja untuk sarapan. Aku dulu student UTHM rajin jugak datang makan kat sini. Sebab dah ada lauk pauk, kami makan nasi terus ngeh ngeh.

 Sampai kat Jeti Mersing dalam 11.30 pagi. Berkumpul semua sekali untuk tunggu turn feri. Nak makan perut rasa kenyang lagi. Tau-tau dapat naik pukul 2.00 ptg nanti sebab feri dah penuh tengahari. Aiseh....

Kutip duit tambang feri. Bagi orang dewasa tambang adalah RM70.00. Kanak-kanak pula RM60.00. Itu untuk pergi dan balik sekali. Dan kami juga kutip duit untuk parking kereta di situ. Satu hari charge RM15.00. Dua hari total RM30.00.

Sempat pulak si Umar ni nak beli mainan untuk main pasir.


Bila turn feri dah nak sampai apalagi beratur ler beramai2. Memandangkan hari cuti umum, manusia pun tersangat ramai. Panas pulak tu huhuhu.


 '
Ramai betul orang, beratur panjang. Ni kapasiti penumpang untuk naik dua feri yang sedang menunggu...

Memang cuaca panas, Qaireen asyik minum air masak je sebab kehausan.

Dah naik feri, perjalanan dekat dua jam juga, cuaca ok dan laut tenang. 
 

Feri akan berlabuh di Kampung Salang dahulu. Kat sini kami boleh duduk di belakang feri. tak turun sebab kami menginap next destination, Panuba Inn. Tiga hari dua malam, seorang charge RM315 termasuk sewa bot ke Monkey Bay, Coral, Kampung Tekek dan Taman Laut. Family aku dan abang amik super deluxe. Satu bilik ada dua katil queen. Mak dan ayah amik 2 bilik deluxe. Adikku, Helmy share dengan member dia, MA Firdaus.

Pantai Panuba Inn. Ini pandangan dari bilik aku.
  
Panuba Inn pantai tak besar, lokasi dia jauh daripada kedai atau kampung. Kalau nak jalan ke Kampung Tekek dalam 15 minit itu pun kena lalui kawasan hutan bersama tour guide dia. Takut sesat... Sebab tu kat sini pengunjung banyak mat salleh dan orang luar (a.k.a semuanya diver atau datang untuk open dive). Kalau korang nak bawa famili bercuti aku cadangkan amiklah pakej kat area Salang. Kat Panuba lebih kepada peminat adventure, sesuai mereka nak amik lesen PADI atau scuba diving.



Dah check in bilik, rehat sembahyang. Actually petang tu aku dan anak2 sempat turun mandi kat tepi pantai. Hardy dan Helmy pulak pinjam life jacket nak buat terjunan kat jeti Panuba hehe memang lawak kalau tengok video diorang.


Lepas magrib, makan malam disediakan oleh Panuba Inn.
Pagi-pagi selepas sarapan dalam pukul 8.00 pagi dah berkumpul depan jeti untuk program snorkelling di pulau-pulau sekitar Tioman. Semua amik life jacket yang telah disediakan. Untuk peralatan snorkelling, bayaran RM15.00 untuk sehari.

 Cuaca memang indah dan langit serta laut yang membiru!!

Punya jernih air laut sampai ikan pun boleh nampak....

Qaireen menahan lekit air masin laut. Budak-budak ni sempat lagi terjun mandi kat pantai sementara nak tunggu bot sampai..

Beberapa pelancong luar pun dah berkumpul dan siapkan peralatan untuk aktiviti scuba diving diorang. 

Itulah kerja pelancong kat Panuba Inn, pagi2 dah keluar untuk scuba diving, petang barulah naik ke darat semula lepas puas menyelam.


Posing sebelum naik bot dulu yek.. Kami pergi dua bot. Jadi pecah dua group.


First destination ialah Monkey Bay. Kalau nak mandi pantai tu boleh, tapi ombak kuat dihempasnya badan kita. Umar pun asyik teriak jek, sebab takut dengan bot. Sepanjang naik bot dia mesti tutup telinga dan mintak kita peluk dia kuat2. Bot kemudian bergerak ke tengah sedikit, kedalaman sekurang2nya 10 meter untuk kita snorkelling di situ.
 
Ketika sesi menyelam dan snorkelling memang tak de gambar. Sebab kamera aku pon bukan sesuai nak amik gambar dalam air.  Tapi memang aku akui, Tioman Island syurga untuk mereka yang mahu menyelam dan melihat keindahan hidupan laut. Memang cantik. Seolah-olah kita leka dan berada dalam dunia lain.

Kami singgah untuk makan tengahari di Kampung Tekek. Kemudian sambung naik bot semula ke Taman Laut Tioman. 


Kat sini, pihak pengurusan telah bina tukun-tukun buatan khas untuk ikan-ikan pelbagai spesis berkumpul dalam taman laut ni. Kat sini, pengunjung boleh menyelam atau snorkelling dengan selamat sebab kawasan dibina khas untuk tujuan itu.

Dalam pukul 3.00 petang, barulah selesai semua ativiti menyelam dan dibawa pulang semula ke Panuba Inn.Sepanjang aktiviti tu ayah je tak mandi sebab nak tengok dan jaga cucu dia main air kat pantai hehehe. 


Ingat nak balik bilik, sebab group yang satu lagi dah samapai awal dan balik ke bilik masing2. Tetiba ayah dan Ady ajak sewa bot ke Kg Salang. Fikir2 alang-alang dah sampai baik abiskan pusing semua tempat. Sewa bot pergi balik ke Kg Salang RM140.00.

 Kampung cantik, bersih dan terjaga. Banyak resort dan kedai di sini. Harga memang lebih mahal jika dibandingkan tempat lain.


 Jadi kalau korang nak ada banyak fasiliti dan kedai2 untuk korang shopping, pergilah ke Kg Salang.
 Dah puas jalan, minum dan makan aiskrim, sambung balik berenang dan snorkelling lagiii... Abis muka semua SURBURN dah...Pukul 6.00 petang bot pun datang amik kami bawa balik ke Panuba Inn. Malam memang lepak giler... Mahu taknya, berendam dan berenang satu hari. Sebab tu bilik tak payah ler mahal2 sekadar nak tidur jek kan. Bukan nya kita duk terperap dalam bilik, penuh aktiviti di luar seharian.

 Malam ada buat BBQ, makan kenyang2 lepas tu balik tidur. Muka anak-anak semuanya dah merah sunburn penangan duduk di pantai dan bot satu hari hehehe.





Pagi2, bangun sebab feri akan sampai pukul 7.00 pagi. Lepas sarapan, posing gambar satu family anak dan cucu Encik Abdul Jalil dan Puan Rubiah. Terima kasih juga kepada semua staf Klinik Pakar 2 yang terlibat dalam program percutiaan keluarga ni.

Sayonara Tioman, inshaAllah ada rezeki kita datang lagi. 
Psss berangan juga nak ambil lesen open dive tu hehehe







14 ulasan:

  1. rupanya kat kampung salang nie memang banyak juga kedai souvenir yer...kak yong baru nak pergi weekend nie...teruja juga nie...hihihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung salang paling bagus kalau bw family bercuti. Senang bnyak kedai boleh pergi

      Padam
  2. Ya... Salang antara ramai pelancong

    www.wanpulautioman.com

    BalasPadam
  3. nak tanya masa pergi tu ade booking tiket feri x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak booking, kami beli on da spot. Sebab tu kena tunggu turn lama kalau public holiday v(- _-)v

      Padam
  4. ok saya plan nk pergi esok so xyah risau la kalau xde ferry..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu tak beli tix online?sbb tgok online dah habis.

      Padam
    2. Perlu tak beli tix online?sbb tgok online dah habis.

      Padam
    3. Perlu tak beli tix online?sbb tgok online dah habis.

      Padam
    4. Saya takde membeli tiket secara online jadi tak pasti sama ada ok atau tak. Beli tiket on da apot risiko dia kemungkinan kita lewat menunggu giliran jika waktu tu dah pack terutama cuti umum.

      Padam
  5. Assalamualaikum empunya blog @ readers sekalian.
    saya abang wan, tidak asing di Tioman island hehe
    abang nak bg tahu abang ada jual tiket feri (mersing-tioman-mersing) @ (tg gemok-tioman-tg gemok)...

    boleh terus melawati http://www.wanpulautioman.com

    nak tengok gambar resort boleh lawati http://resortpulautioman.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.. selamat malam..
    Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

    jika tuan puan ingin membeli ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
    © www.percutianpulautioman.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...