Selasa, 20 Mei 2014

BUAT KERABU MANGGA!!

Sesiapa pernah makan kerabu mangga kat Chicken Rice Shop!?? Atau pun makan kat restaurant tomyam ker? hah ni cara mudah nak buat kerabu mangga 'homemade'. Tak susah pun, aku buat dalam 10 minit jer!

1 biji mangga epal muda.
2 sudu besar sos ikan
1sudu besar udang kering
1 sudu besar kacang goreng
1 biji bawang besar
3 tangkai cili kering( nak pedas tambah lagi)
1 sudu gula.
* Garam tak pakai sebab sos ikan dah masam masin. 

Sebab apa sekejap jek nak buat? Sebab aku pakai produk Tupperware bawah ni. Memang CEPAT dan PANTAS gitew!!
Peralatan yang digunakan
- 1 set turbo chopper
- 1 set Kitchen on the Move

From Tupperware Brands





Mangga epal yang muda. Kupas kulit 

Parut mangga epal yang dikupaskan pakai Set Kitchen on the Move!

Tengok, senang je nak parut mangga kan, lols

Turbo Chopper- letak bawang, udang kering, cili dan kacang. Pastu tarik talinya 3 atau 4 kali.

Hasilnya daripada Turbo Chopper

Letak semua bahan tadi. Tabur gula dan tuang sos ikan. 
Gaul ratakan bahan dan rasa


Ok siap!! letak dalam mangkuk tupperware yang cantik. Boleh makan.

CEPATKAN!!
MUDAH KAN!!
Semua orang boleh masak :')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...