Khamis, 22 Mei 2014

BUNGKUS HADIAH TUPPERWARE

Haha tajuk ni sebenarnya ada kaitan dengan aku dan husband. Aku memang dealer produk Tupperware, jadi selain menjual produk aku juga ambil tempahan untuk hamper atau hadiah daripada customer.

Biasanya customer akan mintak hadiah dalam bajet berapa, jadi aku akan whatassap gambar produk ikut bajet diorang. kalau diorang suka so aku pun start ler buat packaging.

Disebabkan zaman belajar kat ITTHO dulu, husbaand belajar degree mechanical amik pengkhususan packaging. Aku pulak masa belajar diploma mekanikal, amik skill packaging juga. Tapi kitorang tak pernah pun jumpa atau bertembung hahaha (aku bukan nk kupas citer tu). Jadi kitorang dah belajar camne nak buat packaging yang baik dan selamat (gitew). Ada ilmu baik amalkan, ye tak!! Jadi minggu ni ramai pula orang tempah untuk hadiah2 kahwin dan majlis perpisahan..


Check dulu barang tupperware yang nak dibungkus.

Agihan saiz dan kuantiti, jadi boleh agak2 besar mana saiz kotak nak dibuat.


Susun kemas hadiah, supaya tiada ruang kosong


Dah potong kotak, ikut bentangan kotak supaya senang nak dilipat


Pastu lipat kotak ikut bentangan yg dipotong.


Lipat2 kotak tu, sambil anak2 pun sibuk main dalam kotak.


Siap dah bungkus, plaster kemas2.



Pastu balut dengan kertas hadiah. Tadaaa, dah siap!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...