http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Khamis, 8 Mei 2014

Renovation Rumah 2

Hari Selasa petang lepas balik kerja, datang tengok progress renovation rumah. Wahh TNB dah pasang meter elektrik. Kira dah boleh pasang lampu dan kipas. Bila pasang meter rasa lega boleh cepat pindah masuk. Tapi apakan daya ubahsuai pun tak settle lagi. Rasa macam lambat pulak diorang buat kerja.

TNB dah siap pasang meter elektrik.

Lubang void dah ditutup dengan konkrit dan simen. Kontraktor - Ah Kong bagitau kena biar betul2 kering seminggu dulu baru letak tiles.

Nak bukak tiang yang dipasakkan dalam tiles ni. 

 Wet kitchen dah siap hampir 80%. Cuma tinggal pasang tingkap dan pintu. Jeriji akan pasang bila dah siap semua renovation.

Table top konkrit pun belum sempat buat lagi. 

Tingkap dah siap pasang, cuma husband kata menyesal tak amik tingkap 3 daun. Tingkap dua daun macam kecik pulak. Tapi aku tengok ok jela. Janji ada cahaya dan udara masuk. 

Frame tingkap kat bilik atas pun dah hampir siap.


Nampak gayanya kena sabar sikit nak menunggu, harap2 bulan depan dah siap semuannya dan boleh basuh dan pindah masuk rumah.


Update: Sebab ramai call nak tau siapa kontraktor yang buat pengubahsuaian kat rumah ni jadi aku berikan kat sini;

Ah Kong
010933 2661

Apek ni banyak projek buat sekitar BSS dan Seremban 2 je. Area lain aku tak berapa pasti, korang call lah tanya sanggup ke tak kalau dia nak buat renovate kat rumah u'olls yek. Au Revoir!!!




5 ulasan:

  1. Salam..boleh tau, awk buat grill, kabinet kitchen dan plaster ceiling kat mane?kami bakal masuk rmh ogos nanti..tgh survey utk buat benda2 no semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam, anggaran semua sekali dalam 30k. Kami tutup lubang void, ganti sliding door dan dinding kaca kepada bata dalam bilik atas dan bawah. Dapur belakang atap genting shj, bukan konkrit sebab kos lagi tinggi utk tanam besi.

      Padam
    2. 30k tu trmsk grill,plastrr ceiling,kitchen kabinet jugak ke?kerja dia bgs x?sbb sy pon bli rmh kt bss.plan nk renovate sblm msk

      Padam
    3. Tidak termasuk kitchen kabinet. Bolehlah, memang mana2 kontraktor buat rumah memang kena sabar by2k.Adakala diorang lambat.Kat sini banyak pakai K&K, tapi sama juga.

      Padam
  2. Sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.,kolam ikan dan landskap..untuk daerah bagi,kajang ,nilai,cheras,erdang dan puch9ng..silah hubungi sy amir 0192945175

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...