Sabtu, 24 Mei 2014

Renovation Rumah 3-Perihal Kabinet Dapur

Minggu ni benar2 mencabar. SEBAB APA? Hari selasa kami suruh ID datang ukur dapur kami sebagai finalised ukuran kabinet yang dibuat.

Sampai je rumah, Decksen (staf Poh Seng ID) bagitau hood kami ada masalah nk buat sebab terlalu jauh dari dinding rumah yang luar. Yela kami dah tambah belakang buat wet kitchen jadi hood dan ducting paip akan jadi jauh dan panjang.


Jadi kena panggil Ah Kong Kontraktor rumah tengok macamana nak buat. At last kami decide tak jadi letak dapur hob dan hood kat dalam, dry kitchen. Kita letak dan pasang je lah kat wet kitchen sudah. Oven pasang kat dry kitchen saja. Memang dah jadi betul2 dry kitchen huhu



Dan tiles pun dah mula dipasangkan pada dinding di dapur basah.


Kemas jugalah uncle ni buat pasang tiles. kira puas hati tengok hasil kerja dia.


Wiring pun dah siap untuk pasang hood, juga tambah beberapa plug untuk dapur basah.


Memang pilih tiles warna cerah, sebab nak bagi dapur nampak terang. Mujurlah tepat pilihan masa Ah Kong bagi sample aritu.

Update: Perihal kabinet dapur kami yang dah siap bolehlah pembaca baca di sini. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...