Khamis, 17 Julai 2014

Balik kampung di Taiping.

Minggu lepas, hari Sabtu 12 Julai 2014 kami bertolak pagi balik ke Taiping, Perak. Menziarahi orang tua kami, lagipun kebetulan musim durian di sana. Durian berlambak2, mak kata. Sebab bulan puasa jadi kurang orang nak beli dan makan durian. Lagipun semua dusun durian menjadi tahun ni, jadi harga pun jatuh sangat. tak sampai seringgit pun sekilo huhuhu.

Bila sampai lepas berbuka, abang husband ajak pergi ke dusun malam tu kutip durian gugur. Huiyoo dah ler gelap gelita, jalan tak berlampu pastu masuk ke kawasan belukar. Tapi nak merasa durian baru sangat aku ikut juga,Qaireen tinggal kat rumah opah. Tapi Umar degil nak ikut jadi aku kena tunggu jela kat kereta dengan Yoh, adik ipar sementara husband dan abang dia menyuluh cari durian gugur.





  



Besok pagi, kami pergi bandar Taiping. Nak shopping baju raya anak-anak. Takde le shopping kat Sogo ker, Mega Mall ker. Pergi beli kat The Stor Taiping aje, hehehe. Baju diorang dah kecik, dah setahun lebih, jadi lusuh. Kesian anak aku pakai baju lusuh dan kecik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...