Rabu, 20 Ogos 2014

Doa selamat dan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014


Alhamdulilah dekat dua minggu selesai majlis doa selamat masuk rumah baru, merangkap sekali padarumah terbuka di rumah kami di Bandar Seri Sendayan pada 9 Ogos 2014 lepas. Aku dan husband dah plan ni sama-sama dengan mak untuk buat majlis ni sebelum bulan puasa lagi.

Bateri kereta Hardy problem malam tu tak dapat start kat KL,
 mujurlah ada Kancil sampai juga mereka di BSS.

Asalnya mak nak raikan persaraan mak dengan adik beradik mak di Batu Pahat, Johor. Tapi memandangkan lokasi agak jauh untuk family adik beradik mak datang dari Banting ke sana, tukar je lokasi kat rumah baru kami. Alhamdulilah rumah siap sebelum ramadhan jadi impian mak tercapai nak buat majlis ni.

Jadi tempahan khemah dan makanan tengahari aku dan husband uruskan. Makan tengahari sabtu tu makan nasi putih dan lauk kampung - ikan keli goreng berlado, sambal belacan, ikan masin, sayur kubis masak lemak dan ulam2. Hardy pula sponsor sate Haji Samuri. Yang tu kami tempah saja kat cawangan Senawang dalam 800 cucuk, dekat sikit nak ambil nanti. Sebagai tambahan kami akan masak nasi himpit dan rendang daging sebanyak 5kg.

Sate Kajang Hj Samuri cawangan Senawang

Dan Jumaat aku dan husband siap ambil cuti lagi hah, yela nak memborong punya pasal! First time ke pasar besar Seremban beli barang beb. Penuh tangan, jenuh angkut barang kat pasar. Dan malam tu, keluarga sebelah mak -Mak Teh, Cik Wa, Mak Long, Mak Lang dan Mak Usu pun sampai berkampung beramai2 tidur kat rumah kami. Dan malam tu aktiviti ialah buat  BBQ dengan family mak.

Otak-otak kempas, mak bawa dari Johor.

Mak bawak 200 keping otak2 Kempas untuk dibakar malam tu. Aku pula dah tempah 5kg daging kambing (yang diperap BBQ) kat Senawang. Mak Teh akan bawa sup tulang (memang sedap betul, Powerr!!) dengan salad kentang. Mak Long bawak pulut kuning dan kari daging.  Pergh macam2 makanan ada, husband, ayah dan pak2 sedara yang lain setup bara api untuk bakar daging kambing dan otak2.



Sesi bakar- membakar. Antaranya otak2


Dan bakar daging kambing BBQ


Alhamdulilah, rezeki.
Mak2 saudara aku menunjukkan kehebatan masakan hasil air tangan diorang malam tu hahaha.
Macam2 ada, aku pun tak tau nak makan yang mana satu.

Berkampung kat luar untuk buat BBQ


Mak dan Mak Teh serta anak-anak bersembang sambil menikmati otak2 dan daging kambing bakar. 

Sesi makan2 malam tu.
 Budak2 lain dah berkeliaran main kat playground sebelah rumah. Last2 dekat pukul 11 mlm, memang tak elok berembun. Mak Wah jerit "Balik oii, masuk rumah. 
Hantu kak limah pun pandai balik rumah!!!".Wahkakaka..



Kat dapur pula , hah Mak Lang tengah mempamerkan kepakaran selama bertahun2 sebgai tukang masak hotel- memasak rendang daging. 5kg daging, fuh nasib baik kuali Tupperware aku cukup2 muat hehehe. Memang rendang superb!!! Sambil tu aku pula tunjuk kehebatan dengan merebus nasi himpit jek, hohoho!

Haha Cik Wa sempat melawak lagi kat dapur.

Besok pagi, pukul 11 pagi kami mulakan dengan bacaan doa selamat dengan saudara mara dan jiran2 yang ada. Lepas tu makan tengahari, katerer hantar makanan pukul 10.30 pagi seperti yang kami mintak. 

Lepas tu aku tak sempat nak snap pape gambar, sibuk sana sini. Mujur Mak wah ada amik gambar pakai tab dia.

Desert. Kek dan muffin air tangan Chef Cik Wa. (credit untuk Cik Wah sempat snap gambar pakai tab dia) :)
Mak Wah memang pandai buat kek dan biskut. Dari kami kecil lagi kalau ada harijadi anak sedara dia akan buat. memang marvellous!! 


Rakan2 sekerja di poli yang hadir memeriahkan majlis. 




Kemudian sesi amik gambar beramai2 dengan semua keluarga mak -anak, cucu dan cicit Allahyarham Hj Aman Shah dan Hajah Mariam Bok.


Sebahagian ahli keluarga yang sempat ambil gambar. 


Mak cakap kat aku malam tu dia memang happy2 sangat sebab dapat kumpul beramai2 dengan semua keluarga adik beradik dia. Alhamdulilah, lepas ni kalau ada rezeki lagi bolehlah kita berkumpul lagi yek, amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...