Isnin, 15 September 2014

Family Day Di A Famosa Resort Melaka

Bertempat di A Famosa Resort, Melaka pada 13 September Family Day keluarga sebelah mak diadakan di situ. Check in resort pukul 12.00 tengahari. Seperti dalam perancangan, kami bertolak jam 11.30 pagi selepas melawat Matrixs International School (klik sini) di BSS. Tak jauh sebenarnya dari Sendayan nak ke A Famosa Resort. Kami ikut higway PLUS masuk kat Seremban dan keluar exit di Simpang Ampat.

Sampai2 jek, mak ayah dan family Hardy dah ada kat sana. Ada lagi beberapafamily dah sampai awal, family Mak teh, Cik Wa, Mak Dak dan Mak Lang. Yang lain masih dalam perjalanan. Letak barang2, Qaireen dan Umar dah tak sabar nak mandi kolam. Tak sempat nak makan lagi...


 Aku hanya jadi Guard saja, sejuk weiii...

Steady Umar!!





Sementara nak tunggu game sukaneka start, kami makan tengahari dulu. Lauk pauk semua dah siap mak dan mak2 saudara masak kat rumah. Sambal tempoyak, lemping kelapa, sambal bilis, ikan sepat masak lemak, salad buah, salad kentang macam2 lagilah. Kuih pula pelbagai, tak sempat nak rasa semua, perggghh... 

 Game petang dah start!!
Mak dan ayah jadi pemerhati jek. Hadiah berupa Tupperware ditaja oleh mak. 

 Bersungguh Qaireen nak menang dalam game SUKANEKA.





Semua bebudak seronak dapat mainan nombor tikam mengena.
Kepit2 jangan terlepas jatuh!

Lari bawak buah kelapa!!

Main bowling buah kelapa, strike hah!

Happy dapat Tupperware gitew.

Menang dapat hadiah Tupperware. Ditaja oleh mak dan aku :)
Kaum ibu- pertandingan mengayam ketupat paling pantas gitew.




Para isteri standby dengan kain sampin.
 Inilah acara paling aku tak berapa 'terer', ikat sampin suami. Suami pulak pakaikan selendang kat isteri...Aiyoo

 Get ready!! Para suami dengan selendang.

 Isk!!
Camne ler nak ikat sampin yang berbunga macam P Ramlee buat dalam Madu Tiga.

Hehe ikat simple2 udahler..

Pakaikan selendang pulak!!

Ok, siap2 dah!!

Yeah! Hasilnya, MEMANG fesyen ke laut hahaha!!

Dapat tupperware bila menang game- menyelam paling lama.


Dah puas main game, barbeque pulak. Setting api dan panggang kambing, ikan, kerang dan udang. Makanan banyak betoi. Kenyang kami dibuatnyer!!



Panggang kambing, atas permintaan emak kami order lagi dari Mr Ayub yang kami pesan masa buat open house hari raya lepas (klik sini).
Malam selepas solat magrib berjemaah bacaan doa tahlil dibuat untuk arwah Wan dan Atuk.  Kemudian sambung bakar2 dan makan2.



 Pakcik Lan khusyuk memanggang seafood

Kerang bakar dan otak2

Ada game untuk bebudak lagi malam tu, main padan dan menang.
 Lepas makan, kaum bapa2 pergi beramai2 memancing kat kolam ikan berhampiran.
Besok pagi, aku dan family terpaksa balik awal pukul 9.00pagi sebab Qaireen tak beberapa sihat. Sepanjang malam dia batuk dan muntah. Memang sejuk giler, pagi2 pulak hujan lebat.

Family yang lain lepas sarapan diorang berendam kolam air panas tak jauh dari situ, aku tak dapat join sekaki. Apa2 pun memang terbaik family day ni, hasil perancangan adik beradik mak. Kami memang tumpang seronok dapat berkumpul beramai2 macam ni lagi. :)

Au Revoir...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...