Khamis, 4 September 2014

GOOD BYE MAXIS......

Aku pakai talian Maxis ni masa aku start kerja tahun 2002. Kiranya aku dah mula dengan prepaid sahaja. Kemudian tahun 2007 selepas kahwin aku tukar ke postpaid. Tahun 2012 aku tambah plan internet sbb dah mula guna smartphones..gitew

Lokasi di BP Mall Batu Pahat.

Dah 12 tahun jadi penguna Maxis, akhirnya 1 September 2014 secara rasminya aku berubah ke talian Celcom. Memang dah lama nak tukar since aku tinggal di BSS. Sebab aku langsung tak dapat layari internet di sana.

Memandangkan aku juga penguna Celcom hampir 2 tahun untuk tab aku, aku tengok Celcom takde masalah pun setakat ni. Nombor asal pun dapat dikekalkan.

Satu sebab lagi best, komitmen dapat dikurangkan. Dahlah bayar RM125 pastu talian kejap ada takde jer. Memang hampeh-membazir je bayar mahal2. Aku amik Plan Celcom anggaran bayaran RM68 sebulan.

Welcome to Celcom!!

Bagus! Memang boleh jimat banyakkkkk sangat hehehe. Kenapa perlu bayar lebih kalau dua2 sama jer perkhidmatan sepanjang aku dah pakai ni, betul!



(Pesan Abang Abu- kurangkan komitmen, tingkatkan pendapatan hehehe). Ada lagi langkah kami buat untuk sahut seruan Abang Abu. Nanti ler aku citerkan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...