Isnin, 15 September 2014

Hari Terbuka Matrixs International School BSS

Hari Sabtu, 13 September 2014 ada Open Day untuk Matrixs International School di BSS. Start pukul 10.00 pagi sampai ke petang. Selalunya aku tengok je dari jauh, kubah sekolah seakan2 menyerupai masjid. Sebab masa rumah terbuka hari raya lepas pakcik aku siap cakap lagi "Bagus kawasan rumah ni dengan dgn masjid" - (merujuk pada kubah sekolah antarabangsa tuuu). Eh pak ngah tu bukan masjid. Sekolah private tu. Baru je siap... Hik hik hik..

On da way nak ke family day di Kota A Famosa Melaka. Singgah sekejap. 
Ni nak ke jalan masuk sekolah.

 Pintu masuk sekolah. Tu dia kubahnya sebesar2 alam. Masa ni baru 10.30 pagi.Orang pun tak ramai lagi.

 Ilustration from website http://www.1sendayan.com/



Nulli Secunda- Second to none. 
Fasiliti yang ada dalam bangunan2 ni. 

For registration student. Sekolah akan dibuka sepenuhnya dalam awal 2015. Pengajar pun dah duduk dalam office dia. Student pun dah ada beberapa murid masuk belajar. 


  
Tenaga pengajar sekolah kebanyakan expatriate.  Dah beratur kat luar untuk upacara nyanyian lagu kebangsaan dan naikkan bendera.

Binaan bangunan berukiran seperti senibina Rome.

Masih lagi dalam proses pembinaan bangunan2 yang di belakang.

Stadium in progress.


Classroom untuk Standard One

Makmal Sains

  
 Anak2 excited je sebab dapat belon. 

Umar cakap "Ibu, Umar nak sekolah sini, best. Sejuk".  Hah bulat mataku mendengarnya huhuhu. Ala sekolah kat PD jela, tak pun kat Jimah yek. Janji belajar. Fees setahun selalunya sekolah antarabangsa pun anggaran RM15k-RM25k setahun. Kalah yuran masuk Universiti yek.. Yang datang pun kereta berderet parking bukan kereta biasa beb. Semua yang mewah2. Kebanyakkan orang luar bukan dari sini. 

Oklah itu jek aku dapat share. Aku tak teruja sangat pasai aku pun pernah masuk pelbagai bangunan pendidikan yang kerajaan sediakan untuk rakyat. Cantik dan kemas macam Matrixs School ni seperti Politeknik Kulim, Kedah (sekarang dikenali Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah). Lengkap dengan bengkel, makmal dan padang serta stadium. Tapi cantik jer tak guna kalau pelajar pun malas nak belajar... Fikir2 kan lah yek...

Au revoir..!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...