Isnin, 22 September 2014

Mesyuarat Taman Perumahan

Eh mesyuarat apa dia ni? Hah malam tadi 21 September 2014, bertempat di Kopitiam My Railway Station -Tritonix residents telah adakan mesyuarat untuk menyunting perlembagaan persatuan yang telah dibuat oleh sekretari yang dilantik.

My RailWay Coffee Station aka Kluang Railway Coffee 
Ni dah bukak kat BSS bulan Julai lepas.

Biasalah dah duduk taman perumahan ni seelok2nya adakan satu persatuan untuk bergabung dan bermuafakat dalam segala perihal- keselamatan, kebersihan, kejiranan, dan kebajikan penduduk di situ. Macam kat kampung jugak kan...

Penduduk taman yang hadir.

Sekretari kami ni bukan pompuan, lelaki- Encik Azlee, staf TNB Seremban. Kaum2 ibu tak sempat nak buat kerja menaip2 ni..



Meeting start pukul 8.30 malam, tapi kami sampai dekat pukul 9.00 malam huhu. Dah ler LCD projektor pada kami, diorang nak pinjam untuk tayang slaid. Senang sikit supaya semua orang boleh nampak kan. Dan iniler first time aku datang meeting taman hehe, selalunya husband je jadi wakil. Kalau tak sampai bebila pun tak sempat nak berkenalan yang lain melainkan jiran aku yang satu politeknik dulu, Sarah dan Azam

Check klausa yang perlu ada ditulis dalam pelembagaan persatuan taman. 

Mujur Kopitiam ni sudi memberikan ruang untuk kami bermesyuarat sambil minum kopi kat sini. Ini jela tempat yang sesuai sebab kami pun takde kemudahan balai raya kat kawasan tu. 

Ok, anak2 pun boleh bawak diri masing2. Khusyuk tengok Mickey Mouse kat tab.

Dekat pukul 10 lebih, Qaireen lapar. Nak makan mee. Kami dah makan awal sebelum datang.  Aku order bolognaise mee untuk dia. Slurp2 dia makan abis sepinggan, mak aiii laju betul! Tapi air kopi dia bagi aku tak sesedap macam Old Town White Coffee. Mesyuarat tamat jam 11 malam, aku dan family bersurai balik. Diorang nak lepak2 dulu minum kopi.. Aku dan husband dah mengantuk wei besok nak kerja, anak2 pula sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...