Rabu, 1 Oktober 2014

TRIP TO KOTA KINABALU, SABAH-DAY 2

Hari kedua-24 September 2014. Dalam pukul 7.00 pagi, semua dah bersiap dan turun ke bawah. Van persiaran dah tunggu nak bawa ke Kundasang. Sebelum tu kami dibawa sarapan ke kedai ikan bakar di sini.

Breakfast nasi lemak.
Makan kenyang2 dan bergerak semula dalam pukul 7.45 pagi.

First sekali on da way ke kaki Gunung Kinabalu, driver singgah di RUMAH TERBALIK. Wow, kat sini ada satu rumah yang dibuat terbalik menelan kos kira2 RM500 ribu. Rumah ini dibina mengikut rumah asal di Kota Belud. Budak2 yang excited, Qaireen asyik ketawa je dan sebut 'ibu tengok kerusi upside down'. Kat dalam tak boleh ambil gambar, nanti denda RM100. Jadi amik gambar kat luar sahaja.



Cucu-cucu En Jalil dan Pn Rubiah.



Kononnya nak cuba tahan kereta kancil dari jatuh!!

Model kanak2 cilik di dalam tandas?? Hehehe

Terbalikkan!!

Intai apa tu??!


Dekat sejam kat situ, perjalanan diteruskan dengan menyeberangi jambatan Tamparuli yg moden dan mendaki ke kaki gunung Kinabalu. Pergh jalan macam nak gi Cameroon, berpusing2 dan berbelit2. Husband dah jadi mabuk, pening kepala.



Driver singgah di Pekan Nabalu. Nabalu nama jenis pokok buluh di Gunung Kinabalu. Kat sini ada kedai2 jual cenderamata, kedai minum dan makan dan kedai buah2an.

Husband mabuk, pening kepala masa perjakanan naik ke sini heehee.



Macam2 cenderamata yang dijual kat pekan ni.
 
 T shirt Borneo dan Sabah ada kat sini.
 Qaireen dan Afiq cuba permainan kat situ.

 Deretan kedai memanjang. Kat sini terasa sejuk sebab dah kat tengah2 banjaran Kinabalu.
Tetiba je Umar panggil "ibu, amik gambar Umar kat sini". 
Berlatar belakang Gunung Kinabalu.
OK, pandainya dia nak ber'poising' yek :)

Kemudian sambung lagi perjalanan, wah kali memang lama nak sampai ke pekan kundasang. aku rasa dekat sejam lebih. Tertidur2 dalam van. Akhirnya sampai ke Poring Kinabalu. Kat sini ada kolam air panas, dan air sejuk (air terjun). Kalau rajin boleh tengok kebun bunga dia di bahagian atas-ada bunga rafflesia di situ. Sebelum mandi, makan tengahari di situ. Ada restaurant muslim dah masak lauk tengahari untuk kami makan.


 Kalau rajin boleh tengok kebun bunga dia di bahagian atas-ada bunga rafflesia di situ. Sebelum mandi, makan tengahari di situ. Ada restaurant muslim dah masak lauk tengahari untuk kami makan.




Anak2 mandi termasuk husband. Hardy dan anak2 dia pun join mandi. Aku lebih tengok dan jaga barang2. Lepas solat kat surau kat situ, aku dan mak jejalan tengok kawasan situ. Ada canopy walk di bahagian atas, tapi memandangkan Umar jenis gayat tempat tinggi aku tak jadi nak masuk.

Nak rendam kaki dalam air panas ni boleh tapi kalau panas terik abaikan jelah.

 Canapy walkway masuk berbayar.
Orang dewasa RM5.00 dan kanak2 ialah RM2.50

Dah dekat sejam di Poring Kinabalu, selesai mandi tukar baju anak2 kami yunggu sekejap mak, ayah, keluarga Hardy dan Helmy turun dari canopy walk di atas. Kemudian kami bertolak ke Sungai Moroli, Kampung Luanti. Ranau- Linda AF orang Ranau kan??


Kat sini ada ikan sungai seperti kelah dan keli yang kita boleh lihat dan sentuh dengan tangan.

 Punyalah jinak ikan kelah ni, tak kisah orang datang. Boleh pegang, usap2 lagi.
 Umar berani dah nak pegang, mula2 penakut jugak.


Huiyoo berani betul Pak Su duduk tengah2, terjerit2 dia bila ikan2 tu gigit kaki dia. 
Kecoh!
Pukul 4.30 petang, last sekali baru kami ke Kinabalu Park. Dah petang sangat jadi tak sempat ke Dairy Farm aka New Zeland Sabah sebab dia tutup pukul 5.00 petang.


Pintu masuk Kinabalu Park.

 Pasang impian nak naik puncak Kinabalu, InshaAllah tahun depan. Husband jeling jer hahaha!!
Hardy dengan supir kami, En Azlee

Pukul 5.30 ptg barulah turun balik ke bandar KK.

 Dan sebab apa diorang pesan kalau drive sendiri baik turun sebelum pukul 5.00 petang. Sebab kabus dia amatlah tebal. Mujur ler bukan kami yang drive. Driver kami memang dah biasa turun naik. Rileks jer. Yang lain je rasa cuakkkkk...

Huiyoo punya tebalnyer kabus!!
Akhirnya jam 7.30 malam kami tiba di bandar KK, terus ke Restaurant Sri Melaka. Makan malam kat sini. Ya, muka semuanya kelaparan hahaha. Cuma Qaireen dan Umar tak boleh bangun, nak tido sebab kepenatan....


Selesai makan, driver hantar balik ke Marina Court. Mandi sembahyang dan rehat sekejap. Qaireen dan umar pun dah recharge balik. Setengah jam kemudia, kami turun ke Waterfront sebab nak rasa ikan bakar dia. Walaupun perut terasa kenyang tapi alang2 dah sampai sini mesti nak rasa seafood dia kan...



Ketam dan kerang (besar betoii kerang tu)

Udang masak sambal. Kerang tu masak bakar, rasa kenyal pulak.
Dah makan, balik semula ke apartment. Apalagi tidur lah sebab dah kepenatan dan kekenyangan yang amat...ZZzzzzz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...