Sabtu, 11 Oktober 2014

Buat Chilli Pasta Skillet

Aku baca dekat blog I Wash You Dry, cara masakan dinner yang mudah, cepat dan berkhasiat. Rasa macam bagus idea dia untuk ibu yang bekerja. Nak siapkan makan malam dengan segera tapi mesti berkhasiat, ada protien, kadbohidrat, sayuran. Satu masakan complete semua.

Jadi tak perlu susah payah nak masak macam2 lauk. Aku dah cuba masak, lasagna, pizza dan roti sandwich. Memang anak2 suka, oklah. Aku senang hati kalu anak2 makan.

Kali ni cuba nak masak Pasta chilli skillet. Guna macroni pulak. Selalunya mee atau spagheti.

Tomati, capasium, cendawan butang, lobak merah dan sos tomato pasta, aku pakai Prego.

Bawang holland sebiji, garlic 3 biji.
Aku guna Tubo Chopper Tupperware. Cincang dalam 5saat. Pantas!!

Aku guna Inspire Fryer pan Tupperware.
Panaskan minyak zaitun.
Tumis bawang holland dan garlic yang dah cincang sampai warna keemasan.


masukkan daging cincang. Goreng sehingga garing. 
Masukkan sayur2an dalam pan.


Dan makaroni- aku rendam dulu makaroni sekejap nak bagi lembut.
Kemudian letaklah garam dan sedikit gula. Ikut lah rasa korang.

Tutup dan biarkan dalam 8minit dengan api perlahan.
Itu bagusnya pakai fryer pan, masakan ni jadi berkhasiat, sebab kita tak guna air yg banyak. Air datang dari sayur2an bila ada convection dalam pan tersebut.
Jadi masak makanan berkhasiat. 

Inspire Chef from Tupperware. Bagus periuk2 dia. 


Oppss saya letak sedikit serbuk lada, nak bagi rasa spices sikit. 
Boleh ganti lada hitam atau lada suluh.

Ok, dah sebati. Ada sesetengah orang mungkin tak suka makaroni kenyal. Boleh gambah secawan aIr bagi lembut lagi. 

Tabur cheddar cheese atas pasta. Tutup pan dan biar dalam 5 minit.

Ini Cheddar cheese yang dah diparut.


Ok, dah siap. Boleh makan. 

Selamat mencuba!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...