“Iringilah haji dengan umrah,
sesungguhnya keduanya menghapus kemiskinan dan dosa, seperti mana relau
menghilang kekotoran dari besi, emas dan perak. Ganjaran untuk haji
mabrur adalah syurga.”
Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi & Imam Nasaie.
Orang Malaysia nak pergi menunaikan fardhu haji, secara umumnya kita pergi melalui Tabung Haji.
Dengan membuka akaun dengan nilai serendah RM 10, maka kita perlu ada sekurang2nya RM 1300 lagi sebelum dapat daftar haji.
Jadi hari ini sempat ke sana. Memandangkan student dah start final adalah berkelapangan masa. Simpan sekali duit diorang dapat masa hari raya puasa yang dah lepas. Raya haji pun juga dah lepas. Oh ruginya masa... Dan mohon pegawai daftarkan untuk mereka.
Hasilnya. Tahun 2076.....anggaran tempoh menunggu sahaja.
Hari ini, siapa yang baru mendaftar haji, giliran paling cepat adalah pada tahun 2076. Makin kita bertangguh daftar haji, makin lambat kita pergi.
Apa pun perkara itu di luar kuasa kita, kewajipan kita adalah segera cukupkan duit untuk mendaftar menunaikan haji.
Berdoalah bersungguh-sungguh supaya kita dapat menunaikan haji pada usia muda, ketika masih kuat dan sihat. Apabila Allah swt dah menjemput kita menjadi tetamu-Nya, tiada kuasa lain dapat menghalang.
Oleh itu berjanjilah wahai diri ini untuk uruskan duit gaji dan pendapatan sampingan dengan baik dari sekarang, andai kata bila tiba giliran kita untuk menunaikan haji, kita sudah cukup duit untuk perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan haji. Makin lama, kos menunaikan haji makin naik. Anda ada akaun KWSP? Aku tiada.
Tapi jika anda ada akaun KWSP, boleh mendaftar melaluinya.
Wasalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan