Selasa, 14 Oktober 2014

Kursus Cnc Lathe di Ciast part 1

Masuk arini ialah hari kedua. Semalam belajar just introduction tentang lathe programming dan mesin.

Masa minum pagi aku rasa heran tgk mesin Cnc milling ni, apasal ler dia leper semacam. Selalunya mesin milling besar mak aii besar gedabok. Kemudian en Irwan, instructor Ciast panggil kami, meh tengok ni!!

Fuiyoo hahaha guna simulasi jer... patutlah nipis, cuma skrin je tayang paparan pengerakan mata alat tu hehe. Baguslah untuk training pelajar handle programming, sekurang2nya takde kerosakkan besar berlaku.


Selalu tengok mesin CNC besar seketul. Yang keadaan mesin yang terbuka dan dibahagi part by part. 







Di sini sebenarnya traineer ada buat preparation untuk pertandingan trouble shooting untuk mesin CNC.  Pergh bayangkan nak kenalpasti masalah yang berlaku dan cara pembaikpulihan dilakukan.
Seramai 3 orang pelajar mereka dilatih dan akan dihantar ke Hanoi untuk pertandingan tersebut.

Belajar guna Mastercam pada hari kedua. 


Nota dia aku pernah pinjam, aku amik tahun lepas selepas abis kursus. Cepat2 aku photostat kat seksyen 13 untuk jadi exercise latihan aku sendiri. Aku dah buat latihan2 tu sendiri kat PPD untuk isi masa lapang cuti sem kat Makmal CadCam.


Banyak juga aku belajar tentang mastercam walaupun aku dah ajar benda di JKM terutama tentang retract dan tool nose.  Paling penting aku tahu macamana nak terangkan pada pelajar pasal overlap dan suapan yang perlu agar tak de kesilapan pada programming.

2 ulasan:

  1. Boleh saya tahu di manakah kursus cnc programming diajar di kawasa johor?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di Batu Pahat ada di UTHM atau ADTEC kalau tak silap 😁

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...