Rabu, 1 Oktober 2014

TRIP TO KOTA KINABALU, SABAH- LAST DAY

Last day- 25 September 2014. Pagi2 bangun lepas solat, mandi kemas2 beg pakaian. Anak-anak tidur lagi sebab kepenatan. Jam 9.00 pg, aku bagitau owner homestay, Mr Peter nak checkout sebab flight kami jam 1.00 tengahari.

Driver hantar kami ke tempat sama semalam untuk minum pagi. Lepas minum pagi, ada masa lagi kami terus ke Muzium Negeri Sabah.


 Bayaran masuk dewasa RM2.00. Kanak2 dan warga emas percuma sahaja.

Memang murah, sebab kat Kampung Budaya Sarawak harga tiket dewasa RM60 dan kanak2 RM30... Frankly, aku sepanjang menetap di Sarawak mana pernah masuk kampung tu. Why my husband tak nak bawak pergi, sebab mahal....

 Dalam Kampung Warisan, Muzium Negeri Sabah


 Bergambar kat depan Rumah Panjang Sabah. Err aku duduk Sarawak dekat 4 tahun pun tak pernah pergi Rumah Panjang Sarawak...:P
Melawat kawasan hehehe.



Semua bahagian rumah diperbuat daripada kayu buluh termasuk lantai dan dinding. Ada juga buat jadi bumbung. Begiitu halusnyer seni diorang nie..

Rumah kaum Murut. Di sini ada lantai diperbuat daripada rotan. Boleh melompat2. macam spring. Kaum Murut selalunya buat tarian Lansaran kat tengah2 rumah ni.   

Qaireen pun nak cuba lompat.

 Kaum Murut akan menari dan melompat untuk capai kinkilat yang digantung di bahagian atas sambil bersorak kuat. Ini macam tarian homecoming bagi diorang sebab baru balik dari berperang.

 Rumah kaum dusun. Anak dara akan duduk tinggal di paras atas.



 PEkerja dia sedang buat manik. Manik adalah perkara penting bagi kaum etnik Sabah sebagai perhiasan dan benda wajib yg mesti ada dalam hantaran atau 'mas kahwin' diorang..

 Manik dan cenderamata lain2 dijual dalam rumah ni.

 Ini rumah pekebun Cina.

 Bagus rumah ni, tak payah pasang air cond.
Agak2 rupa I ni macam Druken Master tak!??
Nak cuba jalan guna buluh galah. Hati2 licin, macam nak patah je galah tu nanti hahaha

Ayah pun nak cuba!

Seberang ke muzium jalan atas jambatan gantung. Berani pula Umar time ni

Ok, abis dah jalan2 dalam muzium. Dalam muziam tak boleh amik gambar. Pukul 11.30 kami pun bergerak ke Airport KK. Check in barang, lepak2 minum kopi makan dan flight pun berlepas dalam 1.00 petang.


Good Bye Sabah.
 Hopefully lepas jika ada rezeki boleh datang lagi untuk panjat Kinabalu pulak! Kan!!

Krik..krikk krikk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...