Selasa, 4 November 2014

Chocolate Orange Pound Cake


Ahad lepas aku saja mencuba resipi nak buat kek Chocolate Orange. Cari resipi dari blog Joythebaker.com. Punya lah lama salin resipi tapi tak sempat2 nak buat. Qaireen asyik tanya bila aku nak start buat kek ni. Sampai dia dah hafal nama kek -Kek Orange chocolate cream cheese huuuuuh.


Ramuan utama.

2 cups all-purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups granulated sugar
2 tablespoons orange zest
1 (8 ounce) package cream cheese, softened
3/4 cup (1 1/2 sticks) unsalted butter, at room temperature
4 large eggs
2 teaspoons vanilla extract
1 cup dark chocolate pieces


Campurkan/adunkan tepung, garam dan baking powder. Gaul rata2 dan ketepikan.

Potong kulit oren halus2. Sebab aku takde pisau potong khas jadi aku toreh2 je kulit oren tu. Lepas tu aku kisar bagi halus. Ikut resipi dalam dua sudu besar. Tapi kalu nak rasa oren lebih tambahkan lagi.
Kemudian aku gaulkan ke dalam gula kasar. Ok siap, ketepikan dulu ye.

Dengan gunakan mixer, pukul crem cheese dan butter. Dua2 dah dinyahsejukkan sebelum dipukul dulu yek. Pukul rata2 sampai betul2 adunan tu sebati...

Kemudian campurkan campuran kulit oren dan gula kasar tadi. Pukul semula guna mixer. Pukul sampai lembut dan berkrim- buat sekurang2nya 3 minit. 

Kemudian pecahkan telur sebiji dan pukul adunan. Bila dah sebati masukkan sebiji dan pukul dan seterusnya sampai abis telur tu.

(P/S:  pecahkan telur dalam bekas khas, jangan masuk terus takut telur tak elok-rosak pulak tepung sebekas tau)




Dah pukul rata2 (iskk iskk banyaknyer perkataan pukul!!)
Lepas tu baru campurkan dua sudu teh esen vanila. Sambung pukul lagi  :\

Dah betul puas ati semua sebati, baru campurkan chocolate yang dipecah2kan. 
Tapi kes aku, aku pakai chocolate chips je ahak, senang je. 
Masuk je terus lepas tu kacau pakai sudip. 

Lepas tuang dalam acuan, kalu ikutkan dia guna bekas 9"x11", tapi bekas aku ada yang kecik jer. 
Tu yang jadi 3 bekas....

Hm kerja baking ni kena ada kesabaran tinggi btul! 

Aku tengah kalut nak baking, Umar ni boleh pulak melalak bila bangun tidur, nak susu. 
Huhu sampai bengkak mata menangis, mak dia sibuk pukul tepung. 
Dah tu, dia tak nak ayah dia bancuhkan susu. Dah dapat susu nak kita pulak duduk teman dia kat sebelah. Adoiii!! Tak pasal2 bantat pulak kek aku ni...

Lepas tu bakar pada suhu 180-190 degree bergantung oven korang selama 50-60 minit. 
Lamakan!!
Aku letak kat ruang tengah2 takut jadi garing sangat pulak, dah ler guna tepung biasa jek, bukan tepung naik sendiri. Ada yang kena bakar dekat 75 minit nak bagi betul2 masak!
Sebab tu kena pukul betul2 bagi baking powder dan tepung sebati beb. 


Ok, siap minum petang. Kek tu dah jadi Golden Brown pulak hohoho. 

Budak yang kuat menangis...

Ok, Qaireen puas hati dapat makan, Kalau tak hari2 tanya bila ibu nak buat. 
Hah ibu dah buatkan pun yek!!

Selamat mencuba!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...