Rabu, 12 November 2014

Hari klinik dan hadiah PASTI untuk anak2

Kebetulan ada majlis akhir tahun Pasti buat di  Mayang Sari Resort, Port Dickson pada hari Ahad. Tapi kami mana dapat pergi sebab hari Isnin tu Qaireen ada followup klinik di HSAJB. Hari Sabtu dah balik ke Batu Pahat.
Rutin tiap2 6 bulan Qaireen akan datang ke sini, klinik Pediatric Surgical untuk check up dengan doktor. 

Appointment pukul 2 ptg. 
Hehe malu2 pulak dia nak bergambor!

Mujur dalam klinik ni pasang Upin Ipin movie, budak2 pun boleh behave sedikit. Leka tengok TV.

Qaireen habit suka gigit dan tarik baju, sampai mengelebeh baju dia. 

Umar mula2 steady gelak2 tengok, lepas tu jadi takut tengok ada 'hantu durian' dalam cite Upin Ipin. Tutup mata dengan tangan tu heheh.

 Pukul 2.30 ptg baru panggil masuk. Kat dalam takde ler aku nak snap gambar doktor. Alhamdulilah next appointment akan jadi setahun sekali. Baguslah, kira ada perkembangan positif. Harap2 lepas ni sentiasa positif. tak mau ler kena admit wad macam dulu2 (klik sini) lagi. 

Balik ke Seremban, dalam perjalanan sentiasa hujan je.. sampai dah dekat magrib, singgah makan malam dulu. Besok dah kerja huhu.

Dan semalam petang balik sekolah, anak2 tak sabar tunjuk barang diorang dapat di PASTI.
Nak tunjuk gambar2 yang cikgu amik, bertemakan CITA-CITA Saya...

Qaireen nak jadi angkasawan!

Umar nak Jadi Pilot!?? Seriusnyer muka. 

Wah, biar betul cita2 anak2 aku ni.
Ni semua kerja tak jejak bumi. hahahaha ntah lah cikgu dia yang suruh gamaknya. 

Hadiah2 penutup sekolah hujung tahun. Qaireen dapat hadiah pelajaran jawi terboik...


Terus bukak dah, nak pakai semua hadiah tu ish ish ish

Ni pun sama, lepas tu dua minggu semua hilang, bersepah dah...

Hah kertas peperiksaan Umar dah dipulangkan. 
Hmmm oklah. Bagi budak 4 tahun yang kuat menangis ni....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...