Ahad, 9 November 2014

Mee Bandung Muar

Hari sabtu kami bertolak balik ikut highway PLUS dari Seremban ke Batu Pahat dalam dua belas tengahari. Masa dlm perjalanan anak2 tidur. Jadi tak berhenti makan kat mana2. Sampailah kami kat Tangkak baru anak terjaga dan husband ajak perkena mee bandung Muar. Jadi kami keluar di exit Bukit gambir, Sungai Mati, untuk menghala ke arah Tanjung Agas Muar

Kedai tu terletak di deretan bangunan kedai yang  sebelah kanan di Tanjung Agas,Muar. Lokasi terletak selepas Sek.Men.Sains Muar dan stesyen minyak Shell. Nampak je signboard atas ni belok ke kanan. 

Ini dia kedai Mee Bandung Muar




Mee bandung yang asli dari Muar.

Selain mee bandung ada juga hidangan lain macam soto,lontong dan goreng2...

Soto ni untuk anak2 aku makan. 

Ok akauntan kirakan berapa bajet makan ni yek hehehe.

Hidangan makanan semuanya adalah RM4.50. Tapi bagi minuman agak mahal juga. Semua charge Rm2.00 ke atas. 

Jadi korang boleh berkunjung untuk merasa mee bandung asli Muar. Dia ada jual pes dia. Rm6 sekotak. Untuk makan 4 orang. 

Kedai Murtabak Singapura.

Dekat deretan kedai tu ada satu kedai Murtabak Singapore. Dulu kami kecil2 bila ayah dapat gaji kadang2 ayah bawa kami makan kat kedai ni. Memang sedap murtabak ni dulu. Sekarang tak tau lah. InshaAllah ada rezeki boleh try lagi bila datang sini. Nanti aku boleh share kat blog ni.














2 ulasan:

  1. Temptingnye mee bandung tu..
    Klu dekat dah lame serbu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, yang penting mee bandung rasa asli dari muar. Banyak tempat jual ada nama muar tu tapi rasa tak sama

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...