Jumaat, 21 November 2014

Sakit lama kembali!!

Serius!! Aku dah lama tak kena sakit ni. Last time aku kena masa nak bersalin Qaireen Shafiyyah. Itu hampir 6 tahun lepas ahaks!! Korang nak tau aku sakit apa yek?? Aku kena hemorrhoid a.k.a buasir dah... Dulu masa pregnant Qairren dah masuk 35 minggu aku kena masuk wad, sebab sakit ini lah. Itu sejarah yang paling teruk sepanjang aku kena. Tahap tiga pulak tu. Sebab kandungan dah besar dan berat lalu menghimpit ke bawah usus. Jadi terjadilah buasir, punya azab nak tunggu bersalin. Hanya Allah dan aku sahaja yang lebih mengetahui..

Lepas bersalin ada followup dari klinik surgical selepas sebulan post-natal, untuk appoinment operation buang. Tapi aku escape, cabut tak pegi pun!! Hahaha aku memang penakut bab2 kena operate ni, memang nak elak (tapi ditakdirkan aku kena juga operate Cesarean masa lahirkan anak kedua...ceh).

Throwback 2009. 
Berapa banyak bekalan ubat daftlon aku dapat dah!


Tu dia appointment surgical clinic aku kena pi...
tapi aku tak pergi... penakut beb!


Banyak juga doktor bagi bekalan ubat, berkotak2 DAFLON dan syrupLactulose untuk aku makan masa berpantang. Kemudian lama dah aku tak kena. Bertahun2... ingat dah ok. Tup2 minggu ni kena balik. Ada sebab aku terkena semula. Aku lack of fiber beberapa hari. Dua hari aku lupa amik hidangan fiber, tak minum Lacto Fiber. Lepas tu makan pedas (aku rasa tak pedas mana pun). Tapi paling utama, aku hypertension campur stress bekerja dan mengendalikan aktiviti kehidupan, DARN akhirnya stress tu menyumbang inflamation vein-pembengkakan saluran darah seterusnya tercetus hemorrhoid. Itu yang paling aku setuju kalau terkena sakit ni. Skala 8 dari 10 aku kena adalah berpunca dari stress terutama masa aku bujang dulu.. Hmmm gamaknya aku tak stress pun selama 6 tahun ni, hebat tak hahahadoi...

Daflon 500mg.
Makan dia kena teratur, makan 6 biji untuk 3 hari lepas tu 4 biji untuk hari seterusnya dan 2 biji slepas beberapa hari. Cara makan ada tulis kat kotak tu... 

Ingat buat biasa jer harap2 ok macam biasa. Tapi tak de perubahan, terpaksa aku pergi farmasi cari ubat DAFLON. Mahal betul pil ni, harga sekotak RM50.00!! Ayah aku pun ada bagitau dulu, ubat ni mahal. Aku dapat free jek dari hospital kerajaan masa bersalin dulu.....Ubat ni je aku percaya, yang sapu2 ker supplement aku tak nak. Sebab dia dah berkaitan dengan saraf darah, jadi kena juga amik ubat untuk dalaman. 


Daflon can cure the inflamation in vein. 

Alhamdulilah makin baik, solusi dia kena rehat banyak2 jek. Tak boleh banyak pengerakkan. Tapi aku memang nak bergerak sana sini bila dah kerja. hehehe semoga baik berterusan sampai bila2. Tak sanggup nak hadap betoi sakit ni :/

P/s: Stress nak hadap audit SIRIM ke punya pasai? aku terkena tempias huhuhu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...