Isnin, 29 Disember 2014

MakAn nASI aRAB sABA', cYBERJAYA

Kebetulan lepas hantar barang Tupperware pada customer kat KL, kami rasa nak jalan2 pusing2 sebab hari Kristmas hari cuti kan, tak tau nak buat apa... Dah pukul 1.00 tengahari, masa untuk lunch.. Actually masa pergi KL husband ajak singgah tengok progress Garden Plaza kat Cyberjaya. Kitorang ingat nak jalan2 di Mid Valley tapi mak aiii berderet kereta beratur nak masuk situ.

Oklah, terus ke Kajang, kita ke Cyberjaya jelah. Makan kat sana lepas view site Garden Plaza yek.. Projek jangka siap penghujung 2015. Maknanya tinggal lagi setahun je nak bagi VP. Tapi kalau tengok ni aku jangka tak sampai setahun inshaAllah siap awal...

Garden Plaza, Cyberjaya... in progress..

'Ok, kita makan nasi arab nak' ajak husband... Nasi Arab? aku pun ingat2 lupa sebenarnya. Pernah makan kat situ lepas gi kursus kat situ dengan kak ipar. Hehe tak aci aku dah pernah makan tapi dia belum lagi kan hahaha. Nasi Arab SABA' terletak kat CBD Perdana, kedai lot corner. Sebelah restaurant nasi kandar. 


Wargh.. penuh!! Perut lapar dah ni, maklumlah hujan tak berhenti2...
Jangan risau, just bagitau jek kat receptionist tu jumlah orang yang datang makan, nanti dia akan tunjukkan meja yang kosong sesuai dengan bilangan orang yang nak duduk. 
Jadi kitorang pun menunggulah dalam kedai tu... 

Muka penat, penat asyik duduk dalam kereta jer, lols!


Tahu masing2 lapar kan, sekejap jer duduk diorang dah panggil. Tak sampai 5 minit pong..

Hah dah dapat tempat duduk. Umar asyik tekan intercom tu jek. Ish budak2 ni

Yeahh makanan dah sampai, aku order
 1 set Quater Chicken Mahdi,
1 set Regular Lamb Hanith,
1 set chicken Shish Tawouk 
Air jus oren, teh o panas, mirinda strawberi dan ice lemon tea. 


Ayam Hanith ni berwarna oren, Qaireen kata ayam pedas, padahal tak pun. Sapu saffron memang lah kaler dia camtu. Sudahnya dia tak nak makan ayam, makan nasi jek T_T

Daging kambing memang lembut, terlerai isi dari tulang dia, perghh. Menyesal jugak tak amik Large set. Berebut dengan suami hahaha. Umar bagus, dia makan nasi dan ayam, dia prefer chicken shish tawouk. Nasi dia lembut, memang sedap sebab pakai beras basmati. 

Okay lepas makan kenyang, bayar lah kang. Total semua termasuk tax adalah 72.00 lebih kurang lah.
OK,  Kenyang sampai malam...:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...