Rabu, 7 Januari 2015

Asal Usul Nama Batu Pahat- Chisel Rock :)


Minggu lepas kami balik Batu Pahat, Hari Ahad pagi ayah dan mak ajak nak jalan2 di Kampung Minyak Beku. Kalau korang nak tau kat sinilah terletak Perigi Batu Pahat, asal usul namanya Batu Pahat.
Asal nama Batu Pahat dulu ialah Bandar Penggaram dijaga oleh Dato' Bentara Luar.  Usia bandar ni dah lebih 100 tahun dah. 



So surprise!! Sebab dah lama tak ke sini, time aku bujang dulu.. tak sangka tempat ni dah berubah lebih baik pasarana dan permandangannya. 

Terkejip2 mata Umar kena angin laut


Air laut yang membiru...




Jom! Nak tengok perigi buta, 
opss silap Perigi batu pahat yoh

Lokasi Perigi Batu Pahat


Tak sangka, askar2 Siam memahat batu2 keras ni untuk dijadikan perigi, tadahan air untuyk bekalan mereka minum... situlah mulanya nama batu pahat.



Air baru pasang masa ni, ramai yang datang memancing, menjala pun ada.


Main ombak!!






Biasalah bila budak2 tengok laut, diorang sentiasa teruja nak main.



Oklah aku katakan Majlis Perbandaran dah buat tempat ni molek dah, cuma kena jaga dan pantau kebersihan dan keselamatan harta benda kat sini. Tempat ni jauh ke dalam, jadi kena diorang datang juga dan kutip sampah dan sapu kawasan. Toilet dia, orang kedai kata dah 2 bulan ditutup. Takde orang datang nak jaga. Sayang dah keluar bajet, buat tempat cantik2 tapi tak dijaga elok kan kan kan!

Au Revoir!!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...