Rabu, 7 Januari 2015

Berdikari....



Anak aku yang sulong dah masuk 6 tahun dah tahun ni, bulan ni... lagi beberapa hari lagi hari jadi dia. Tapi makan kadang2 tak fokus, makan sekejap tinggal. Pastu makan balik. Jadi bersepah2 pulak. Aku tegur dia.

Aku: Makan betul2! Nape kejap makan, kejap tinggal. Nanti sejuk nasi tu..

Qaireen; Ibu tolong suapkan lah!

Aku: Eh Qaireen dah 6 tahun dah!!
         Nanti kat Pasti, makan sendiri tau.
         Mana ada masa mualimah nak suapkan Qaireen.
         Dah besar, kena pandai BERDIKARI... pok pek pok pek :-/

Qaireen : Ibu, berapa harga kari tu??

Aku: Blurrr...
         Kari apa bendanyer??!

Qaireen ; Yang ibu cakap tadi, berapa harga kari tu??

AKU : BERDIKARI lah! Bukan kari! B.E.R.D.I.K.A.R.I......  T_T
   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...