Ahad, 25 Januari 2015

Buat puding kastard kuah cocktail

Hari minggu ada masa lapang boleh cuba buat ni, puding ni makan sejuk2 sedap kalau hari asyik panas memanjang je.

Bahan2 nak buat puding kastard
  1. Tepung kastard 1 cawan
  2. Air 4 cawan
  3. jagung creamer (yamg ni aku saja tambah)
  4. Gula
  5. garam
  6. susu cair
  7. cocktail buah2an


Bekas tupperware nak simpan puding.

Masukkan tepung kastard

Masukkan air 4 cawan

tambahkan jagung creamer, macam nak wat puding jagung :)

Gula 1 sudu, aku tak letak banyak sebab kuah dia nanti dah manis kalau dah campur koktail buah2an

Kacau2 adunan itu rata2, masak dengan api yang kecil.
nanti lama2 adunan dari cair akan jadi likat dan pekat.

Masukan puding dalam tupperware. Sejukkan

ok, nak buat kuah dia pulak.
masukkan 1 tin susu cair. Aku guna cap Ideal.
Kemudian guna tin yang sama, sukat air 1 tin tu masukkan dalam periuk. 
Panaskan guna api kecil selama 10 minit. 
Masukkan secubit garam dalam kuah tersebut.

Dah siap kuah tu masukkan kuah tu dalam bekas besar.
bukak tin cocktail buah. 

Masukkan ke dalam kuah tersebut dengan air dia sekali, air tu air gula. Jadi korang tak payah letak gula dalam kuah puding tu masa masak. Nak kurang manis letak air gula buah tu separuh pun dah cukup.

Pastu potong puding yang dah sejuk tu dan masukkan dalam kuah tu. Aku potong siap2 supaya sebati terus dengan kuah dia. Senang nak ceduk makan.

Kacau pelan2 rata2. Dah jadi macam atas tu. Kira dah siap lah. Tapi jangan terus makan pulak.

Simpan dalam peti ais dulu. Sejukkan dulu, kalau boleh biar 1 malam.


Hah kalau dah sejuk, baru ceduk. Pastu makan. Lepas ni kerja bukak tutup peti ais jek..
buat puding kena air letak banyak dalam tepung. Kalau tak pekat, rasa tepung nanti.
Best!!!

Selamat  mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...