Jumaat, 30 Januari 2015

Deman Panas Menjangkiti....

Aku kena deman hari selasa, sangka ku deman biasa2 jer... Sekadar selsema, batuk. Tapi nak jadi cerita tengah malam tu badan aku mengigil. Aku tak boleh tidur start pukul 2 pagi sampai 4 pagi. Kejut husband, sebab tak tahan sejuk tapi badan panas, kepala sakit dan sendi2 pun terasa bisa.

Husband bagi makan panadol, selimut tebal2. Dia pun deman juga. Last2 aku akhirnya tertidur juga sedar2 pun dah pukul 6.15 pagi. Solat subuh tapi masa tu badan memang rasa tak best. Aku pun cakap"cuti jelah, nak diri pun tak mampu" huhuhu.

Husband hantar anak2 ke sekolah Pasti cam biasa. Dia pun masuk kerja aritu. So aku kat rumah ingat rehat 1 ari dah okey. Rupanya tak, lepas mandi makan ubat, terus muntah keluar. Perut kosong, angin tendang balik. Badan memang panas giler, aku start mengigil, bisa pulak rasa sendi2. Tak kan kena denggi pulak ish nauzubillah......

 
Tengahari kat klinik kesihatan Seremban 2

Husband balik tengahari tu sebab dia pun tak larat nak kerja. Aku call mak aku, nak wat camne? Haha pasal hal tu pun nk tanya mak ayah kan!! Tapi memang dari dulu kalau kami deman ke tak sihat, kami mesti call mak atau ayah mintak pendapat T_T
Lagipun ayah aku pesara MA, mak aku pulak pesara jururawat. Diorang suruh pergi check kat klinik kesihatan kerajaan. Lepas tu aku dan husband pun pergi Klinik Kesihatan Seremban 2.


Nasib baik orang dah tak ramai. Tengah menunggu ubat. 

Doc check aku deman panas. Tapi dia bagi sampai tempoh besok, kalau deman tak baik kena datang amik ujian darah pulak dah....Ok confirm besok aku baik punya..


Yang aku larat snap gambor jelah hehehe

Masa menunggu ni, bertalu2 whatassap dan sms client nak beli produk tupperware dan Hai o... Sorry aku tak dapat nk layan. Kepala sakit, rasa nak tumbang pun ado!!

Aku sempat ler jamah roti cicah mushroom soup. Beli kat pizza hut. Orang pizza tu pun pelik beli satu tu jek hahaha!! Nak masak memang tak larat wooo...

Dan yang tak disangka2 petang tu dalam kul 4 ptg, mak dan ayah aku pun sampai kat rumah!! Aku tengah tidur lepas makan ubat time tu. Terkejut tengok diorang datang dari Batu Pahat ke sini T_T

Rasanya aku menyusah diorang je huhu dah besar panjang pun harapkan mak ayah lagi. Terus kena suruh bangun mandi sejukkan badan. tak boleh berselimut saja... Ok baik misi Rubiah hehehe. Pastu kena minum berbotol2 air masak dan 100 Plus huhuhu. Asyik pergi toilet jela lepas tu...

Mujur mak ayah ada, ada orang nak tengokkan Qaireen dan Umar. Aku dan husband memang dah flat. Nak tumbang dah. Besok tu baru rasa sihat sikit. Jadi aku tak ke klinik lagi, selamat hehehe.  Dua hari cuti. Dan arini aku kerja juga cam biasa walaupun tekak perit terasa.  


Semoga ibu bapa ku dikurniakan kesihatan yang baik2, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...