Isnin, 16 Februari 2015

Berita malam tentang pemergian TGNA


Entry lambat sebab sibuk tak sempat udate blog. Hari Khamis, 12 Februari 2015 macam biasa kami lepas balik kerja lepas siram pokok2 bunga dan sayur sebab kepanasan dek matahari. Dah dekat 2 minggu tak hujan. Qaireen keluar main playground sebelah rumah tapi tak sebab panas. Lepas ke dapur masak macam biasa. Menu hari tu ikan siakap masak tim, sayur peria goreng campur udang dan telur dadar. 


Tada... siap makan malam. 

Sayur peria ni goreng campur udang dan campur telur. 'Rasa pahit2 kelat bercampur lemak dan manis udang membuat rasa meletop2 di dalam mulut' - husband bagitau. Huk aloh!!

Ikan stim ni buat sebab anak2 yang makan. Ratah macam tu jek... Telur dadar memang favourite Qaireen. 

Lepas makan dan kemas meja dan dapur, anak2 pulak siapkan kerja sekolah. Tetiba aku dapat whatassap dari member Tupperware mengadakan pengkhabaran Tuan Guru Nik Azizi telah kembali ke Ramatullah malam tadi jam 9.++ pm. Terkejut juga, tapi aku takut berita palsu aku pun check pada akhbar rasmi Malaysia sebab bimbang kalau2 khabar angin yang tersebar tidak tepat. Memang benar, ianya telah disahkan. Dalam astro Awani pun sudah menunjukkan tribute khas untuk Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Innalillahiwainnailaihirojiun.......

Dalam FB, Whatassap dan tv penuh kisah tentang Allahyarham TGNA malam tu... Rasanya 1 Malaysia terkejut dengan berita sedih ni... 



Marilah kita sedekah surah Al Fatihah kepada Allahyarham TGNA. Semoga Allahyarham TGNa ditempatkan dikalangan sisi mereka yang beriman dan soleh, para syuhada yang dikasihi Allah. T_T



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...