Khamis, 12 Februari 2015

MASAK MEE SUP

Pagi Rabu, kebetulan rakan opis ajak pergi ke Pasar Tani kat Batu 4, Port Dickson. Aku ternampak mee kuning buatan Bumiputera kat situ. Beli 2 bungkus. Dah terbayang nak buat mee sup malam ni. Hm usus Qaireen sensitif sikit kalau nak makan mee kuning, salah beli boleh sakit perut dia.

Rencah nak masak mee sup. Seafood mee sup lah kot. 
Udang, sotong, fish ball dan crab ball. 

Ni 1 bungkus mee kuning beli kat pasar tani pagi tadi 

Panaskan periuk, tumis bawang merah, bawang putih sampai garing. 

Dah garing aku letak semua rencah udang, sotong, fish ball dan carrot.
Pastu letak sedikit serbuk lada putih....

Memandangkan ni semua pakai seafood, aku guna sup bujut ikan adabi. 
Boleh macam tu kan hahahah!!

Pastu aku letak air sebanyak 3 gelas.
Dah mengelegak kuah tu baru letak mee.
Pastu campur garam secukup rasa yeah...


Last sekali baru letak sayur mayur... hah siap dah!!

Bak kata orang, masak dengan penuh kasih sayang hehe :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...