http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Selasa, 17 Mac 2015

Pengalaman Aku Cari Perabot Terpakai

Aku bukan owner kedai ni. Kedai ni tak de kena mengena dengan aku pun kecuali aku pernah membeli sebahagian perabot kat sini. Jadi aku nak share pengalaman aku pernah beli kat kedai ni. Harap korang jangan tanya aku pasal perabot2 tu sebab aku bukan taukeh kedai. Aku pelanggan kedai ni dulu, pernah beli kat sini jer.

Lepas kami dapat kunci rumah, langkah seterusnya kami nak cari perabot pulak. Lokasi kami ialah di Kedai Pakar Perabot Terpakai ni terletak di Jalan Rugby, Seksyen 13 Shah Alam. Kebetulan sudah meronda kedai perabot dulu sebelum dapat kunci untuk banding2kan harga. Puas meronda2 terjumpa kedai ni dan terus masuk cari perabot2 yang kami mahukan. Targert kami nak dapatkan katil double decker dan locker untuk student.


3 lot kedai ni dimiliki oleh Kedai Perabot Terpakai. Kalau nak cari perabot untuk pejabat, asrama, homestay atau rumah sendiri pun tempat ni aku rasa adalah antara yang ok. 

Gotcha, akhirnya dapat katil double decker. Ni aset perlupusan dari asrama UUM. Mak aii katil diorang elok lagi dah kena lupus. 

Banyak perabot2 untuk pejabat di sini. Termasuk kerusi, partition, locker dan meja office. Diorang boleh hantar ke mana2 lokasi kita nak. Aku tengok ada alamat penghantaran sampai ke Ipoh dan Port Dickson. 

Umar dah kepenatan ikut ibu ayah belek2 perabot2 terpakai sini. 

Locker besi ni harga mahal sikit. RM190, sebelum tawar. 

Locker kayu, dah cat dan varnis. Harga tawar diberikan rm90.00.



Bos dia yang lady ni, boleh negotiate utk harga yang dijual. Time ni ramai yang datang cari untuk perabot2 office terutama brader ni cari stool dan kerusi.. Bos lady ni bagitau kalau mahal kerusi tu nanti boleh duduk lama sikit. Boleh brader jawab "Kami nak cari kerusi yang orang tak nak duduk lama2" hahaha!!

Untuk harga murah ke tak, sebenarnya depend ikut korang nak barang perabot macamana dan bajet korang ada. Tapi yang aku tengok perabot kat sini elok2, cantik dan condition yang bagus walaupun secondhand. Aku amik kat sini pun sebab dah dekat sangat dengan rumah kami tu. 



Lepas setuju, kedai akan amik sekurang2nya seminggu untuk repair dan cat perabot yang ada. Kemudian diorang akan hantar dan pasang perabot kat alamat kita bagi. Siap tolong susunkan ikut kita nak hehe. 



Serius, tilam diorang elok lagi bebenor. Aku dulu masa zaman duduk kat asrama U pun tak dapat tilam elok macam ni....


Deal dengan kedai untuk beli 8 katil dan tilam, dan 8 locker kayu. Total semua dalam RM2k ++. Almari 3 pintu tu sumbangan dari tuan rumah dulu hehehe, dia tolak bg kami sebelum pindah. 

Bila dah siap pasang susun perabot semua, tunggu Mr Yong datang bawak kontraktor untuk pasang jeriji dan partition. Dia lambat sikit sebab ada seminar talk pagi tu kat KL. Pukul 3ptg kontraktor dtg measure dan code harga untuk buat wiring dan partition. Kontraktor pun orang bangla, ish2 dahsyat betui diorang ni buat business.




Mr Yong kata bagus beli dapat rumah dah siap kitchen kabinet dan plaster ceiling. Memang jimat banyak. Hm dia pun yang recommend rumah ni masa tahun lepas. Satu part dah lepas dah, sekarang tunggu minor renovation pulak. Hopefully dipermudahkan. InshaAllah...








6 ulasan:

  1. Katil double decker kak beli berapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 set 290. Sy amik 4 set, dia bg less dpt 250 masa tu.

      Padam
  2. Thanks for sharing bro.. teringnin gak nk g kedai sect.13 tu

    BalasPadam
  3. Ada gak pngalaman g brg terpakai ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...