Rabu, 11 Mac 2015

Selesai sudah proses VP rumah di Shah Alam

Alhamdulilah, syukur dah selesai dapat kunci dari tuan rumah. Sebelum ni, lawyer dah call boleh check rumah sebelum amik kunci dari owner lama. Jadi kami janji nak jumpa awal bulan 3.


Sementara tunggu diorang datang aku teman anak2 jejalan kat area bawah lobi tu. Tak lama lepas tu Pn mardhiyah dan husband dtg bawak troli, ada lagi sikit barang yang tak diangkat lagi. Diorang pun tak duduk jauh, dekat2 seksyen tu jugak. 


Rupanya diorang dah kuar pindah bulan September lepas. Lawyer lambat sikit uruskan dan bagitau, lagipun kitorg xda no hp each other. Pandai yek ejen dan lawyer tak bagi, tak nak kitorang kawtim kat luar nanti huhuhu.

Pn mardiyah tanya sama ada kami nak katil dan almari dalam bilik. 

Aku sepakat dgn husband nak amik almari shj. Katil tolak sebab katil queen. Kalau katil bujang mesti aku tak tolak punya hehe!


Yang bahagian depan dan master bedroom dah clear. Lepas kami janji datang lagi minggu depan utk dia serah kunci lepas clear semua brg2 kat rumah.

Next week kami dtg, Pn Mardhiyah just bwa anak2 sebab husband dia kerja. Kesian tengok dia kelam kabut nak urus 3 ank kecil2. Cepat2 kami settlekan apa yang patut. Lepas dapat kunci, sempat dia amik gambar2 akhir rumah ni. Yelah dari dia bujang beli rumah ni sampailah beranak 3 duduk diam kat rumah ni confirm memang banyak kenangan kan T_T ceh aku pulak lebih2.

Tapi aku puji dia beli rumah masa bujang lagi, menang lelong pulak tu pergh, jimat2!! no wonder nanti lawyer serah cek, dia plan nak pergi bercuti sekeluarga. 

 Time diorg kemas rumah aritu ada student dah tanya rumah ni nanti untuk disewakan ker. Sebab kawan2 diorang pun tgh cari rumah sewa. Aku just amik no phone student yg pn Mardhiyah bagi, tak tau lg sebab kena setup rumah ni dulu. 

Settle je semua, kami mulakan misi pulak..  banyak nak buat, pasang grill, renovate dan buat patition. Hmm nanti aku citer lain entri k. Au revoir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...